Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


  13
TANGAN Iskandar sudah pun melingkar di pinggang Faizah. Rakan-rakan seperjuangan Iskandar ataupun lebih senang dikatakan senior Faizah sudah bersorak daripada bawah pentas. Sepantas itu juga flash daripada kamera digital silih berganti mengabdikan kenangan antara Iskandar dan Faizah sebagai ‘King and Queen of The Night’ malam itu.
            Riak wajah Faizah sudah berubah merah. Dia merasa Iskandar sudah melampaui batas. Rasa marah bertandang di hatinya tiba-tiba. Mahu sahaja ditepis tangan Iskandar yang berpaut kemas di pinggangnya itu.
            Faizah menjeling tajam Iskandar yang berdiri rapat di sebelahnya. Iskandar tidak berani memandang wajah Faizah. Pautan tangan di pinggang Faizah masih kemas dan semakin kuat.


“Buah salak burung kedidi, Takkan tak reti-reti?” ujar Faizah separa berbisik kepada Iskandar dengan nada geram. Pandangan matanya melirik tajam tangan Iskandar yang masih memaut pinggangnya.

            Iskandar membuat riak muka tidak bersalah. Malah dia sengaja tidak mengalihkan tangannya daripada pinggang Faizah. Melihat muka Faizah yang sudah merah menahan marah, semakin lebar senyuman Iskandar.

“Anak ikan makan roti, Tak salahkan cuma sekali?” Iskandar juga bersuara separa berbisik ke telinga Faizah. Sebuah senyuman yang paling manis bagaikan susu kremer manis F&N dihadiahkan buat Faizah.

            Faizah mendengus kasar. Iskandar ni dah melebih. Agaknya dia nak rasa makan penampar aku yang sedap macam nasi minyak ni. Sekali aku bagi penampar nasi minyak baru dia tahu. Eh nasi minyak apa nya. Nasi kerabu lagi sedap kot.

“Naik basikal rantainya besi, Tak pasal-pasal dapat dosa free,” ujar Faizah jelas dan nyata seperti bacaan tajuwid Izhar Halqi. Tangan Iskandar ditepis kuat.

Sepantas itu, riak muka Iskandar berubah merah. “Faz, behave yourself,” ujar Iskandar dalam nada separa geram. Terasa tercabar kelakiannya apabila diperlakukan begitu oleh Faizah di hadapan orang ramai.

You behave yourself abang,” ujar Faizah lantas mengangkat kakinya untuk beredar daripada atas pentas itu. DSG atau Dewan Serbaguna UiTM Pahang ini yang lebih mesra dipanggil Dewan Sejuk Gila oleh siswa siswi sudah terasa bahang. Satu jelingan membunuh ala-ala laser dihadiakan kepada Iskandar yang terpaku melihat tindak tanduk Faizah yang luar biasa itu sebelum dia meninggalkan pentas.

Belum lagi kakinya mencecah anak tangga pertama, kedengaran bunyi mikrofon dinyalakan. Faizah tidak menoleh. Kakinya mencecah anak tangga kedua. Kini, suara seseorang bergema di dalam dewan itu.

This song is specially dedicated for you Queen of The Night, Faizah…” ujar suara itu. Tenang sahaja suara itu mengumumkan. Siswa siswi yang sedang sibuk mengambil gambar di dalam dewan itu semuanya kaku berdiri di tempat masing-masing. Secara automatis, keadaan dewan itu sunyi sepi. Semua mata bertumpu  ke atas pentas. Jika di kala itu, sebatang jarum pun jatuh, akan kedengaran dengan jelas.

Mendengar namanya disebut, kaki Faizah terhenti di anak tangga kedua itu. ‘Ha, sudah. Siapa pula buat hal kali ni. Aku ni geram tak habis lagi dengan abang Is tu,’ bisik hatinya.

Gitar akustik yang dipangku di atas peha dibetulkan letak duduknya. Kaki kanannya disilangkan di atas kaki kiri. Mikrofon sudah kemas tersangkut di kocek bajunya. Setelah selesa dengan posisi duduknya, jari jemarinya memetik finger board memainkan not A minor. Permulaan lagu yang memang boleh buat jiwa layan.

Faizah menoleh ke belakang. Ingin melihat siapakah gerangan yang ingin menujukan sebuah lagu untuknya itu.

Farhan. Ya, bukan orang lain. Muhammad Farhan Faizuddin yang menyebut namanya tadi. Dilihat Farhan sedang memandang tepat ke arahnya. Sesekali matanya melirik ke arah jari jemari yang sedang menari-nari di atas neck.

Not B minor kini sedang dimainkan. “Love you silently…” romantis kedengaran ayat itu dinyanyikan oleh Farhan.  Dan tepukan gemuruh bergema di dalam dewan itu.  Mata Faizah terbuka luas. Seluas-luasnya.

Kini jari Farhan beralih mencari not D. “For your smile, I’m glad to see...” Sebuah senyuman dihadiahkan buat Faizah.

‘Wohoo.. Lagu apa ni Farhan. Kau jangan buat onar time-time macam ni. Oitt senyum kau tu kenapa? Lain macam  je aku tengok.’

Senyuman yang dirasakan masam manis seperti ikan siakap ‘sweet sour’ dipamerkan jua buat membalas senyuman Farhan yang semanis ais kacang yang dicurah coklat cair di atasnya.

Those beautiful eyes, I’m always searching for…” bait itu di nyanyikan penuh perasaan seiring dengan not G yang dipetik. Matanya dikenyitkan kepada Faizah.

‘Mata siapa yang cantik? Mata aku ke? Eh, mata aku cantik ke? Wahaaa. Mamat ni nak bagi aku pengsan atas pentas ni ke?’

Dan lagu itu diteruskan. “That lovely face, I remember…” Dan siswa siswi Diploma Sains bersorak saat bait itu dinyanyikan.

‘Huuuh. Ini serious rasa nak pengsan. Bertahan Faiz. Bertahan. Dengar sampai habis.’

Love you silently...”  Sekali lagi bait ini dinyanyikan. Farhan menatap mata Faizah penuh kasih.

When there is… so much sign…”  Kini Faizah benar-benar tidak boleh berkata apa-apa. Lidahnya kelu. Direnung mata Farhan. Mencari kejujuran daripada lelaki itu.

 Why it is hard for you to understand... Those things that I can’t explain…” Suaranya ditarik tinggi saat menyanyikan bait ini sekaligus mengundang tepukan gemuruh daripada siswa siswi.

Farhan melarikan pandangannya daripada Faizah. Mukanya ditundukkan sedikit. Matanya ditutup menghayati bait-bait lirik yang dinyanyikan.

Serta merta ingatan Faizah kembali kepada malam perbincangan mereka mengenai persembahan untuk majlis makan malam ini. “Kau dah jatuh cinta kan?”  terngiang-ngiang kata-kata Farhan itu di telinga Faizah.

‘Bukan aku tak faham Farhan. Tapi aku takut untuk faham. Aku takut untuk tahu kenyataan yang kau cintakan aku,’ bisiknya dalam hati.

Dan lagu itu diteruskan. “Baby when you happy , I can cherish you all day…” Ayat itu memang benar-benar dimaksudkan oleh Farhan. Dia mahu menemani Faizah tidak kira ketika dia gembira atau sedih.

            “Let me be happy with you, And let you smile “ Ya, dia mahu sentiasa membuat Faizah tersenyum. Dia mahu bibir nipis milik Faizah itu sentiasa dihiasi senyuman lalu menampakkan lesung pipitnya.

            Cinta itu perkongsian dua hati. Perkongsian dua rasa. Farhan berharap dia bukan sahaja tempat untuk Faizah berkongsi kisah gembira, malah kisah dukanya juga. Kerana itu, bait-bait ini ditulis di dalam liriknya. “But baby when you sad, Come lie onto me…”

            Kerana air mata Faizah begitu berharga, dia tidak mahu perempuan itu menangis kerananya. Sekalipun Faizah menangis kerananya, biarlah dia yang menghapus air mata Faizah itu. “Let me wipe your dropping tears… Ohhhhh ohhh ohhhh….” Farhan menyanyi penuh perasaan.

            “And tell you don’t worry…”  Matanya redup memandang Faizah yang sudah menundukkan mukanya. Dapat dilihat wajah Faizah berubah. Anak mata Faizah yang bulat itu sudah berkaca.

            Love you silentlyTreasuring your heart…” lirik ini dinyanyikan penuh perasaan. Farhan berharap Faizah faham maksudnya dalam lirik yang sedang  dinyanyikannya ini.

            Make me glad that I… know you are my typeWhen they say you are not perfect…” Kini air mata Faizah tidak dapat ditahan lagi. Setitis manik jernih itu jatuh juga ke pipi. Dia tahu dia bukan perempuan yang sempurna. Dia perempuan yang kasar. Kerana itulah dia takut untuk menerima cinta Farhan. Takut Farhan membandingkan dirinya dengan perempuan yang lebih ayu dan lembut daripada dirinya.

Sekali lagi bahagian korus diulang oleh Farhan. Kali ini tumpuannya benar-benar pada petikan gitar dan suaranya. 

“Baby when you happyI can cherish you all day

Let me be happy with youAnd let you smile 

But baby when you sadCome lie onto me

Let me wipe your dropping tears …. And tell you don’t worry”

Para penonton juga masing-masing ternganga melihat Farhan benar-benar menjiwai lagu yang mereka tidak tahu apa tajuknya itu. Yang mereka tahu, ayat yang sering diulang Farhan ialah Love You Silently. Mungkin itulah tajuk lagu ini.

Love you silently….  Am I day dreaming…Farhan bangkit daripada kerusinya. Tangannya masih memetik gitar.

As they say you have nothing…” Faizah masih lagi kaku di anak tangga kedua. Tidak perasan Farhan sedang melangkah menuju ke arahnya.

Love you silently…. Am I day dreaming…” Sejambak bunga ros merah diambil daripada tangan Afiq yang sejak tadi sudah standby di tepi pentas. Kini Farhan sudah berdiri betul-betul di hadapan Faizah.

“ For me you are more than everything…”  Sejambak ros merah dihulurkan oleh Farhan seraya melutut di hadapan Faizah. Faizah yang baru perasan Farhan kini betul-betul berada di hadapannya sedikit kaget.

            Hulurun jambangan bunga ros tadi disambut juga oleh Faizah dalam linangan air mata. Dengan senyuman, Farhan melagukan bait terakhir lagu yang dicipta sendiri olehnya untuk Faizah.

            “You are more than everything….”

            Dan ketika itu, ratusan siswa siswi Diploma Sains UiTM Jengka menjadi saksi termeterainya ikatan kasih antara Nur Faizah dan Muhammad Farhan Faizuddin. Tepukan paling gemuruh diberikan atas lagu yang sangat menyentuh hati sekaligus meraikan ikatan cinta yang baru dibina oleh pasangan tersebut.

            Iskandar yang sudah merasakan tahap kesabarannya hilang pada waktu itu, pantas berlalu meninggalkan dewan melalui pintu tepi. Dan di balik pintu utama, seseorang sedang menitiskan air mata dengan ros merah yang telah jatuh di atas lantai. Hatinya berkecai bagai kaca yang jatuh terhempas. Adakah dia kecewa?

***************

KULIAH pada hari Isnin itu berjalan seperti biasa. Namun ada sesuatu yang luar biasa. Mungkin Farhan, Afiq, dan Mira tidak perasan akan hal itu. Tetapi Faizah dapat merasai perubahan sikap Deli.

“Deli, kau ok tak?” soal Faizah. Mukanya serius melihat Deli yang kelihatan tidak bermaya sejak pagi tadi.

“Aku ok je,” jawab Deli tanpa memandang wajah Faizah.

“Kalau ok apa pasal mata kau lebam? Kau gaduh ke dekat kolej?” soal Faizah lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Deli. Mana tidaknya, mata Deli kelihatan lebam dan di bawah matanya jelas kelihatan lingkaran gelap.

Mind your own business la Faiz.” Deli merengus kasar lantas menolak kerusinya ke belakang dan bingkas bangun daripada tempatnya.

Wei, kau apa hal nak angin? Aku tanya elok-elok, jawab la elok-elok,” Faizah juga sudah membentak kasar. Buku yang dipegang di tangan dihempas kuat ke atas meja.

“Pantang oneng-oneng aku kalau orang tanya elok-elok, kau jawab nak menengking-nengking,” tambah Faizah lagi.

Deli yang sudah mahu melangkah keluar daripada kelas berhenti melangkah apabila mendengar ayat yangdituturkan oleh Faizah tadi. Mukanya sudah merah menahan marah. Matanya tajam memandang Faizah yang juga sudah memamirkan wajah bengisnya bagai singa yang sedang kelaparan.

“Apa hal? Kau tak puas hati apa? Cakap sini la kalau kau tak puas hati dengan aku!” Faizah seolah-olah mencabar Deli.

Mata siswa siswi lain yang berada di dalam kelas itu memandang Faizah dan Deli silih berganti. Apa juga masalah yang melanda mereka kali ini. Tidak pernah Deli berkasar seperti tadi kepada Faizah sebelum ini.

Shut up la Faiz!” tengking Deli. Amarahnya benar-benar tidak dapat dikawal. Entah kenapa, sejak pagi tadi hatinya panas sahaja apabila melihat wajah Faizah. Dah terlanjur Faizah trigger amarahnya ini, biar dia melempiaskan rasa marahnya sekali.

“Kau kurang ajar sangat ni kenapa Deli? Apa masalah kau?” Faizah juga menengking kuat. Kerusinya ditendang ke belakang. Lengan bajunya disinsing hingga ke siku. Tudung yang terjatuh diselak ke belakang.

“Yang kau banyak tanya apa hal? Kau bini aku ke?” Deli juga tidak mahu mengalah. Kali ini biarlah apa pun yang mahu terjadi.

“Bini tak bini belakang kira la. Tapi aku ni kawan kau,” tegas Faizah. Kata kawan sengaja ditekan supaya Deli dapat mendengar dengan lebih jelas.

“Aku tak ada kawan macam kau la Faiz,” tutur Deli dalam nada mengejek.

Faizah terdiam. Apakah yang dimaksudkan oleh Deli dengan kata-kata yang baru diucapkannya tadi.

“Kalau aku ni bukan kawan kau, dah tu aku ni siapa selama ni?” soal Faizah dalam nada curiga. Dia juga mahu tahu apakah tempatnya dalam hidup Deli jika bukan sebagai seorang kawan.

“Musuh aku.” Jawab Deli ringkas seraya meninggalkan kelas itu. Pintu kelas dihempas kuat sekuat rasa sukar untuknya melafazkan kata-kata terakhir itu buat Faizah.

Faizah kaku ditempatnya. Tiada kata secantik bahasa untuk diucapkan ketika ini. Dirasakan hatinya luluh mendengar ayat terakhir yang diucapkan oleh Deli tadi.

‘Musuh aku.’ Kata-kata itu masih terngiang-ngiang ditelinganya.

***************

MALAM itu, Deli meluangkan masanya untuk mencari ketenangan di Uwais Al-Qarni. Dia benar-benar perlukan ketenangan ketika ini, Usai solat Isya’ dia mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz yang mengajar subjek CTU ataupun pendidikan Islam.

“Assalammualaikum semua. Hari ini, ustaz nak berkongsi sedikit perihal mengenai cinta. Cinta ni subjektif untuk kita ceritakan. Namun, harus kita tahu, dalam al-Quran juga ada menyebut hal-hal yang berkaitan dengan cinta,” ujar Ustaz Rashid. Muka siswa-siswa di hadapannya dipandang satu persatu.

“Menurut hadis Nabi, ‘man ahabba syai'an katsura dzikruhu’ iaitu orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya,” ujar Ustaz Rashid lagi.

“Ada juga kata Nabi, ‘man ahabba syai'an fa huwa `abduhu’ yang bermaksud, orang juga boleh diperbudak oleh cintanya,” tambah Ustaz Rashid. Siswa di hadapannya mengangguk tanda setuju. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ustaz Rashid itu.

“Sekarang, apa ciri-ciri cinta sejati? Ada sesiapa nak tolong terangkan pada ustaz?” soal Ustaz Rashid. Matanya melingas memandang jikalau ada antara siswa-siswa di hadapannya ini ingin menjawab.

Iskandar berdehem mengisyaratkan dia mahu menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Ustaz Rashid tadi. Ustaz Rashid mengangguk sebagai isyarat memberi laluan untuk Iskandar berbicara.

“Adapun ciri dari cinta sejati itu ada tiga ustaz menurut kata nabi seperti yang pernah saya baca sebelum ini.” Ustaz Rashid mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Iskandar tadi.

“Teruskan Iskandar,” ujar Ustaz Rashid.

“Pertama, ciri cinta sejati adalah mereka lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain. Yang kedua, mereka lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain. Dan yang terakhir adalah mereka lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain ataupun diri sendiri. Wallahualam ustaz. Itu sahaja yang saya tahu,” terang Iskandar panjang lebar.

Ustaz Rashid mengangguk lagi. Apa yang diterangkan oleh Iskandar tadi memang benar. Itulah tiga ciri cinta sejati.

“Itulah dia anak-anak, tiga ciri cinta sejati. Tetapi, bagaimana kita sebagai seorang muslim mahu mengimplikasikan tiga ciri cinta sejati ini dalam konsep mencintai Allah? Ini ustaz pasti, ramai yang tak tahu,” ujar ustaz Rashid dalam nada menyindir. Siswa-siswa yang ada di hadapannya hanya tersenyum sumbing.

“Jadi, bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I’tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain. Begitulah kita mengimplikasikan ciri-ciri  cinta sejati kita kepada Allah,” terang Ustaz Rashid lagi. 

“Cinta itu ada banyak jenisnya anak-anak. Yang biasa kita dengar cinta zaman moden ni, cinta ‘muka buku’. Entah macam mana rupa cinta ‘muka buku’ tu pun ustaz tak tahu.” Kata-kata ustaz Rashid itu mengundang tawa siswa-siswa yang mendengar tazkirahnya itu.

 “Tetapi di sini, bukan cinta jenis itu yang ustaz nak tekankan. Cinta jenis tu, ustaz rasa kamu semua boleh score A+ walaupun tak ada sesiapa yang ajar.  Apa yang ustaz ingin tekankan di sini adalah lapan pengertian cinta yang telah digariskan dalam al-Quran,” jelas Ustaz Rashid lagi.

“Ada tak di antara kita sekarang ni yang dengan pasangan masing-masing duduk nak berdua, makan nak sepinggan, minum nak secawan, mandi nak sebilik air, tidur nak sebantal?” soal Ustaz Rashid bersahaja.

Uish, tak adalah sampai macam tu ustaz. Setakat makan sepinggan, minum secawan tu ada la. Yang lain tu haram lagi ustaz,” jawab seorang siswa. Yang lain hanya tertawa mendengar jawapan siswa itu.

“Ha, kalaulah ada antara kita yang macam itu, tu namanya cinta jenis mawaddah. Cinta macam ni senang cerita, rasa cintanya tu mengebu-gebu dan membara. Orang macam ni, dia tak nak berpisah langsung dengan pasangan dia. Nak duduk melekat macam umang-umang dengan kulit siput sampai siput terpaksa bagi cangkerang dia pada si umang-umang tadi. Perlu kita ketahui, orang jenis ini adalah orang yang ingin memonopoli cintanya dan dia tak boleh berfikir benda lain selain daripada pasangannya,” jelas Ustaz Rashid panjang lebar.

“Yang kedua pula, cinta rahmah namanya.  Cinta rahmah ni pula adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Ha, cinta ni sesuai untuk sesiapa yang rasa dia protective la sangat konon-kononnya,” uajr Ustaz Rashid cuba mewujudkan suasana santai dalam sesi tazkirah itu. Bukan senang untuk golongan berumur untuk menarik minat golongan muda untuk sama-sama mendengar tazkirah seperti ini.

“Saya tak protective ustaz, tapi saya rasa saya ni produktif,” jawab seorang siswa yang mengundang tawa lagi dalam sesi tazkirah malam itu.

“Produktif tu cerita lain. Pandai ya awak nak loyar buruk dengan saya. Ha, yang nak produktif tadi tu, awak kena jadi protective dahulu. Dengar ni dulu,” tegas Ustaz Rashid.

“Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ni dia lebih memperhatikan orang yang dicintai dibanding terhadap diri sendiri. Bagi dia, yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu dia harus  menderita. Orang macam ni sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya,” tambah Ustaz Rashid.

“Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.  Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu bersilaturrahim, atau silaturrahmi iaitu artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat,” terang ustaz Rashid lagi.

Sedikit sebanyak rasa tenang menyusup ke dalam hati Deli saat ini. Banyak lagi yang dia tidak tahu mengenai cinta.

“Cinta jenis ketiga adalah cinta mail,” ujar ustaz Rashid.

Uish ustaz. Cinta pakai e-mail ke tu?” soal seorang siswa sebaik sahaja mendengar kata-kata ustaz Rashid.

 “Cinta e-mail tu cinta kamu.  Tiap-tiap hari pun  nak buka e-mail. Cinta mail yang diterangkan dalam al-Quran ni senang cerita macam beruk dapat bunga la bahasa mudahnya. Dalam al-Qur'an disebut cinta jenis mail ni biasanya kita dapat lihat dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda, cenderung mengabaikan kepada yang lama,” terang Ustaz Rashid.

“Cinta yang keempat jenis cinta apa pula ustaz?” soal Deli yang sedari tadi sekadar menjadi pendengar sahaja.

“Ha, dari tadi senyap, akhirnya keluar juga suara kamu ya Deli,” tegur ustaz Rashid. Deli hanya tersenyum memandang ustaz Rashid.

 “Cinta jenis keempat ni, cinta yang sangat mendalam dan memabukkan. Dengar macam pelikkan? Tapi cinta macam ni memang wujud. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf ni boleh jadi macam orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ni ketika mengisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada nabi Yusuf,” jelas Ustaz Rashid.

“Owh, bahaya juga ustaz cinta jenis macam ni,” ujar Deli.

“Yang ni belum hardcore lagi Deli. Ada yang lagi bahaya daripada ni,” Ustaz Rashid cuba memancing minat siswa-siswa yang ada di hadapannya itu.

“Jenis yang kelima, cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sampai hati membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi penzina.”

Siswa-siswa yang ada di dalam Uwais Al-Qarni itu mengangguk tanda faham akan penerangan yang dibuat oleh Ustaz Rashid tadi.

“Ustaz, cinta buta tak ada ke ustaz? Bukan ke orang kita selalu cakap cinta itu buta?” soal seorang siswa lain.

“Uish. Bawak bersabar. Ni ustaz nak terangkan pasal cinta buta pula ni.  Cinta shobwah atau dalam bahasa melayunya cinta buta adalah cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf akan tergelincir juga dalam perbuatan bodoh.”

“Ada juga yang namanya cinta syauq ataupun dalam bahasa melayunya kita sebut cinta rindu. Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an,” jelas ustaz Rashid.

“Dalam surat al `Ankabut ayat lima, dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; yang bermaksud, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq ataupun rindu adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta,” terangnya lagi panjang lebar.

“Owhhhh….” Panjang kata-kata itu terluah di bibir siswa-siswa yang ada di situ. Ustaz Rashid hanya tersenyum memandang mereka.

“Cinta yang last pula cinta jenis apa pula ustaz?” soal seorang siswa yang duduk di barisan paling belakang.

“Cinta kulfah,” jawab ustaz Rashid ringkas.

“Macam mana cinta kulfah tu ustaz?” soal siswa itu lagi.

“Cinta kulfah tu perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positif walaupun sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan bilik sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha,” jelas Ustaz Rashid.

“Jadi anak-anak, fikirkanlah jenis cinta apa yang kita mahu. Jika kita mahu bercinta, biarlah berpada-pada. Jangan sampai cinta itu merosakkan kita kelak,” ujar ustaz Rashid membuat kesimpulan tentang tazkirah yang disampaikan olehnya sebentar tadi.

Semuanya mengangguk tanda faham kata-kata yang diucapkan oleh Ustaz Rashid itu. Sebelum bersurai daripada tazkirah itu, siswa-siswa masing-masing bersalam-salaman antara satu sama lain.

Dan buat pertama kalinya, Deli menyalami tangan Iskandar yang sama juga sepertinya, menyintai Faizah.  Sewaktu bersalaman dengan Iskandar tadi, Deli dapat merasai sebuah ketenangan apabila menatap wajahnya. Malam itu, Deli pulang bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan rasa tenang dan juga rasa ingin mengenali Iskandar dengan lebih rapat lagi.

‘Siapakah Iskandar yang sebenarnya? Adakah aku setanding dengannya untuk memiliki cinta Faizah?’ Itulah persoalan yang bermain-main di benak Deli sebelum melelapkan matanya malam itu.

*****************

© Hak Cipta Terpelihara : ~Isha Idiaz~

*****************

Song title : Love you silently (Version 1)
Copyright reserved : Isha Idiaz & Aqeel
Lyrics : Isha Idiaz
Co-lyrics  and melody: Aqeel

Bagi sesiapa yang nak try main, silalah cuba menjadi ke tidak. Jika menjadi, bolehlah record dan hantar ke mail Isha Idiaz di Ishafarisha21@yahoo.com J

Bm
Love you silently
D
For your smile, I’m glad to see
G
Those beautiful eyes, I’m always searching 
Am
That lovely face, I remember always

Bm
Love you silently
D
When there is so much sign
G
Why it is hard for you to understand
Am
Those things that I can’t explain

D
Baby when you happy
Am
I can cherish you all day
Bm
Let me be happy with you
G
And let you smile 
D
But baby when you sad
Am
Come lie onto me
Bm
Let me wipe your dropping tears 
G
And tell you don’t worry

Bm
Love you silently
D
Treasuring your heart
G
Make me glad that I know you are my type
Am
When they say you are not perfect
Bm
Love you silently
D
Am I day dreaming
G
As they say you have nothing


Am
For me you are more than everything

***************


           


Share

1 comments:

memey said...

bestnyew adew cipta laguu :) pasal jenis2 cinta tuh , mey dpt byk sngat info :) chaiyokkk akk :)