Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Cerpen : Songket Putih I^2 Pemberian Siapa?
Oleh : Isha Idiaz
*****
Sebuah sambungan daripada cerpen I^2 + A^2 = Entah Bila Cinta
*****
 “Sah?” soal Encik Izaid sambil memandang tiga orang saksi lain yang duduk disebelahnya.

Setelah ketiga-tiga mereka menyatakan pernikahan itu sah, doa pun dibaca mengucapkan kesyukuran atas terbinanya sebuah mahligai perkahwinan.
*****

USAI solat isya’, Iffah menyalami tangan suaminya. Sebuah kucupan singah di dahinya. Kepalanya diusap lembut. Iffah hanya membiarkan perlakuan suaminya itu. Bibirnya hanya mengukir segaris senyuman.

Kain telekung dilipat kemas dan kemudian disangkut di tempat penyidai yang diletakkan bersebelahan dengan almari. Langkah kaki di bawa ke pintu kaca di bilik tidurnya itu. Kunci pintu dibuka. Sepantas itu juga tangan Iffah Ifhami menolak daun pintu kaca itu ke tepi lalu angin malam berebut-rebut menyerbu masuk ke dalam bilik mereka.

Dingin.

Iffah Ifhami memeluk tubuhnya. Cuba menahan rasa dingin yang mula menjalar ke tubuhnya.

Kini, langkah kakinya menuju ke balkoni dan pandangannya dibuang ke tengah bandaraya Kuala Lumpur itu yang keihatan terang benderang disirami cahaya.

Iffah menoleh ke belakang. Dilihat sekilas wajah lelaki yang sedang sibuk membaca buku di meja kerja yang diletakkan di sudut bilik. Merasanya dirinya diperhatikan, lelaki itu menoleh. Senyuman tipis menghiasi bibirnya dihadiahkan buat isteri tersayang.

‘Kini, dia suamiku. Dialah pemberi kain songket putih itu,’ bisik hati Iffah Ifhami.

*****

“SAMPAI bila?” soal Iffah Ifhami. Badannya dipalingkan ke belakang. Memandang air laut di Pantai Losari yang berombak tenang.

            Melihat air muka Iffah yang kelihatan sugul, hati Afiq sedikit tersentuh. Namun dia harus menyatakan hal ini kepada Iffah. “Sepuluh tahun lagi,” jawabnya tenang.

            “Kenapa bukan dua puluh tahun lagi?” soal Iffah dalam nada sinis. Dia berpura-pura tertawa. Satu jelingan tajam dihadiahkan buat Afiq Afham.

            Sesungguhnya dia kini sangat kecewa. Kecewa dengan perkhabaran berita yang disampaikan oleh Afiq Afham sebentar tadi. Kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Afiq Afham.

******

IFFAH berlari-lari anak menuju ke unit gawat darurat di Rumah Sakit Wahidin Sudirohusodo itu setelah menerima panggilan kecemasan dalam tempoh waktu dia bertugas.

            Malang tidak berbau apabila dia tersungkur akibat terlanggar salah seorang doktor yang lalu di situ.

            Iffah terpana seketika. Sakit. Terasa kakinya kejang.

Seseorang telah menghulurkan tangan untuk membantunya berdiri. Iffah mencapai tangan yang dihulurkan tanpa melihat siapakah gerangannya.

Setelah berjaya berdiri, mukanya diangkat sedikit melihat gerangan insan yang sudi membantunya tadi. Melihat wajah yang berdiri di hadapannya itu, pantas Iffah melarikan matanya.

You ok?” soal suara itu penuh prihatin. Suaranya kedengaran sedikit cemas.

Iffah hanya mendiamkan diri sambil membetulkan letak tudungnya. Tangannya juga sibuk membersihkan kot putihnya yang sedikit kotor akibat daripada insiden tadi. Pertanyaan itu hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja seperti debu-debu yang beterbangan ditiup angin.

“Iffah Ifhami, I’m asking you, are you ok?” soal suara itu kembali. Kali ini suaranya kedengaran tegang. Mungkin kerana geram pertanyaannya tidak diendahkan oleh Iffah sebentar tadi.

 I’m fine,” ujar Iffah Ifhami lalu membuka langkahnya untuk berlalu pergi daripada tempat itu.

Baru sahaja beberapa langkah dia berjalan dalam keadaan terdencot-dencot kerana kesakitan di kakinya itu, terasa lengannya dipegang oleh seseorang. Pantas Iffah menoleh.

You are not fine doctor Iffah,” ujar Afiq Afham dalam nada marah. Suaranya sedikit keras berbanding selalu.

Iffah merentap kasar lengannya.

 I said I’m fine.” Iffah juga sudah mula meninggikan suaranya. Beberapa orang yang lalu-lalang di situ menoleh seketika apabila mendengar suaranya.

Tidak mahu berlama-lama di situ, Iffah mula melangkah kembali.

Allow me to check your feet Iffah,” ujar Afiq separa menjerit. Sekalipun Iffah memarahinya, dia tidak patut dilayan sebegitu.

I can inspect it myself senior,” jawab Iffah tanpa menoleh.

Afiq berlari-lari anak mengikuti Iffah daripada belakang.

“Iffah Ifhami, I’m not only your senior but I’m your fiancée,” ujar Afiq dalam nada yang rendah. Sebuah keluhan dilepaskan.

Say that sentence when you met other girls behind me senior,” Iffah juga menuturkan perlahan.

Langkahnya dihentikan tiba-tiba. Pandangannya dihalakan memandang wajah Afiq yang dirinduinya. “I sentiasa ingat I ni tunang you. Mungkin you yang tak ingat you tunang I,” ujar Iffah sambil tersenyum sinis.

            Menjeling jam tangan yang dipakai di pergelangan tangan kirinya sekilas, langkahnya diorak kembali. Lebih laju daripada sebelumnya meninggalkan Afiq yang kaku di situ penuh dengan tanda tanya.

            ‘Apakah salahku?’

*****

TANGANNYA pantas menaip di kekunci telefon bimbit miliknya. Sebuah pesanan ringkas dihantar kepada Afiq Afham.

            Sebentar kemudian nada dering Perpisahan Ini dendangan 1st Edition dan Aizat Amdan kedengaran.

            Butang inbox ditekan dan Iffah membaca messagenya yang berbalas.

            I tengah busy dekat Rumah Sakit ni. Kenapa Iffah?

            Iffah Ifhami mengangkat mukanya memandang Afiq Afham yang duduk tidak jauh daripadanya di Restoran Solaria itu. Kedengaran gelak tawa Afiq bersama gadis yang duduk bersebelahan dengannya itu.

            Masih tidak mempercayai apa yang dilihat di hadapan matanya kini membuatkan Iffah Ifhami mula mendail nombor Afiq Afham.

            Dilihat Afiq Afham mengeluarkan telefon bimbitnya daripada saku dan sepantas itu juga panggilannya terputus.

            “Siapa call tu abang?” soal Syikin dalam nada yang manja.

            Member. Entah apa dia nak entah,” jawab Afiq menutup perkara sebenar.

            “Owh. Ingatkan girlfriend abang tadi,” tutur Syikin bersahaja sekadar menduga.

            “Eh, abang mana ada girlfriend,” ujar Afiq dengan tawa.

            Setitis air mata jatuh juga ke pipi. Pantas diseka menggunakan hujung baju agar tidak dilihat oleh sesiapa.

            ‘Aku tidak mahu apa-apa melainkan kejujuran dan ketulusan cintamu Afiq Afham,’ bisik hati Iffah lalu bingkas bangun meninggalkan restoran itu.

Pelayan yang baru sahaja meletakkan hidangan yang dipesan oleh Iffah sebentar tadi terpinga-pinga melihat Iffah berlalu tanpa menjamah sedikitpun nasi sapo tahu seafood yang dipesannya tadi.

*****

CINCIN yang tersarung di jari manis itu ditanggalkan dan dimasukkan semula ke dalam kotak baldu merah berbentu hati. Afiq sekadar memerhati tindak tanduk Iffah.

            Afiq Afham sedikit kaget kerana sejak tadi Iffah hanya mendiamkan diri. Mereka berjumpa hari ini atas permintaan Iffah yang mengatakan ada perkara penting yang ingin disampaikan olehnya. Tetapi sehingga kini, suara lunak Iffah masih belum didengarinya.

            Iffah merenung kembali cincin yang telah diletakkan kembali ke dalam kotak baldu itu. Akhirnya, kotak baldu itu ditutup dan ditolak ke arah Afiq.

            “Kenapa?” soal Afiq serta merta apabila dilihat cincin pertunangan mereka dikembalikan semula oleh Iffah kepadanya.

            I dah fikir masak-masak dan I rasa hubungan kita tak boleh di bawa ke mana senior,” jawab Iffah tenang. Namun di hatinya, hanya tuhan yang tahu. Rasa sakit seperti dicucuk-cucuk.

            “Tapi kenapa? Give me a good reason Iffah,” ujar Afiq dengan nada cemas. Dadanya berdebar pantas.

“Sebab I cuma member you dan you tak tahu apa yang I nak,” jelas Iffah dengan nada mendatar. Telah dikuatkan hatinya untuk membuat keputusan ini.

“You cakap apa ni Iffah. Tolong jangan merepek boleh tak?” ujar Afiq geram. Rasa dirinya seperti dipermain-mainkan oleh Iffah.

 Dear senior, I’m not upset that you lied to me, but I’m upset that from now I can’t believe you,” ayat itu meluncur laju keluar daripada mulut Iffah.

“Apa lagi yang you nak Iffah? I rasa I dah bagi you semuanya,” ujar Afiq cuba membela dirinya.

Senior, Walter Anderson ada cakap, We’re never so vulnerable than when we trust someone- but paradoxically, if we cannot trust, neither can we find love or joy,” sekali lagi, mudah sahaja ayat itu keluar daripada mulut Iffah Ifhami.

“Apa yang you tak puas hati sebenarnya?” soal Afiq Afham.

Sorry to say, tapi I tak percaya lagi pada you. Masa sepuluh tahun yang you minta dekat I tu cuma alasan je kan untuk you tinggalkan I bila you dah ada pengganti?” duga Iffah. Bersahaja sahaja dia mengajukan pertanyaan itu kepada Afiq.

“Kan I dah beritahu you, I nak further study lagi. Takkan tu pun you tak faham?” ujar Afiq dengan suara yang bergetar. Tangannya sudah menolak kasar ke belakang rambutnya yang jatuh di dahi.

I faham yang tu. Yang I tak faham, kenapa you keluar berdua dengan Syikin hari tu sedangkan you reply message I cakap you tengah busy dekat RS,” jawab Iffah tenang. Matanya memandang tepat anak mata Afiq, mencari kejujuran tunangnya itu.

Melihat Afiq yang terdiam tanpa kata, Iffah mengambil tas tanggannya dan mula mengangkat punggungnya daripada kerusi yang didudukinya di hadapan Rumah Sakit itu. Iffah mengorak langkah meninggalkan Afiq yang masih kaku dikerusinya mencari alasan yang sesuai untuk membela dirinya.

“Iffah!,” jerit Afiq kepada Iffah yang sudahpun berada di tengah jalan raya.

Mendengar namanya dipanggil oleh Afiq, Iffah menoleh ke belakang. Serentak itu badannya di sambar oleh kereta.

Dari seberang jalan, Afiq dapat melihat tubuh Iffah melambung dan akhirnya rebah di atas jalan raya itu. Iffah kaku di situ. Tidak bergerak.

“Tidakkkkkk!!!!!” hanya itu yang mampu keluar daripada mulut Afiq. Badannya menggigil memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku kepada Iffah Ifhami.

*****

SHAHRIZAL melihat Iffah Ifhami yang sedang bersandar di atas katil pesakit di rumah sakit itu. Sejak sedar daripada kemalangan tempoh hari, Iffah tidak pernah berbicara. Dia hanya mengalirkan air mata apabila persoalan diajukan kepadanya.

Rasa sayu singgah di hati Shahrizal apabila melihat situasi juniornya itu. Kebetulan, dia sedang bertugas di bahagian orteopodik. Dapat juga dia meninjau keadaan kesihatan Iffah memandangkan kaki dan tangan Iffah patah akibat kemalangan tempoh hari.

            Shahrizal datang menghampiri setelah melihat Iffah menangis lagi pagi itu.

            “Assalammualiakum Iffah. Macam mana hari ni?  Sihat?” soalnya berbasa-basi.

            Pantas air mata yang mengalir diseka. Iffah hanya tersenyum  tawar dan menganggukkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan seniornya itu.

            “Bagus. Kena cepat sembuh ya,” ujar Shahrizal lagi dalam nada memujuk.

Dia maklum akan kejadian yang berlaku antara Iffah dan Afiq sebelum Iffah ditimpa kemalangan tempoh hari. Dia juga tahu pasti Iffah terluka. Bukan sahaja luka di badannya tetapi hatinya pasti terluka. Kerana itu Iffah menolak setiap kali Afiq Afham datang mahu menemuinya.

Bagi Shahrizal pula, entah mengapa hatinya merasa gundah apabila memandang wajah sayu milik Iffah. Wajah yang dulu ceria kini diselubungi duka. Entah dari mana datangnya semangat itu, dia tidak tahu, yang dia tahu, dia tekad mahu menghapus air mata itu.

*****

IFFAH IFHAMI, sudikah awak menjadi isteri saya?” soal Shahrizal tiba-tiba setelah tiga bulan tempoh perkenalan mereka.

            Iffah tidak mengendahkan pertanyaan Shahrizal itu. Kot putih diletakkan di atas lengan kirinya lalu kakinya mengorak langkah meninggalkan Shahrizal.

            “Iffah, awak tak jawab lagi soalan saya,” Shahrizal sekadar mengingatkan.

            Iffah hanya tersenyum. Mulutnya masih terkunci untuk berkata-kata.

            “Hai Iffah ni tak ada suara agaknya. Nak suruh saya tanya dekat pokok ya? Sekejap ya,” ujar Shahrizal. Hari ini dia masih belum membuat Iffah tertawa seperti selalu.

            Shahrizal berhenti di sebuah pokok di hadapan Iffah. Iffah turut berhenti di situ.

            “Tanya sama pokok, Apa sebab goyang,” Shahrizal mula mendendangkan lagu Pokok versi nyanyian Hazama dan Meet Uncle Hussain.

            Iffah yang tidak menyangka reaksi spontan daripada Shahrizal itu akhirnya tertawa juga. Pantas tangannya menekup mulutnya.

            Melihat Iffah yang sudah tertawa, Shahrizal turut mengukirkan senyuman.

“Ha, nak jawab ke tak soalan saya tadi? Kalau tak, saya kena tanya soalan tu dekat pokok ni,” ujar Shahrizal dengan nada ceria. Seceria wajah Iffah saat ini yang mekar dengan senyuman.

Enough. Enough. Awak tak penat ke? Ish ish. Bukan pokok tu boleh jawab pun kalau awak tanya dia,” ujar Iffah dalam tawa yang masih bersisa.

“Saya cuma nak lihat awak tersenyum,” ikhlas jawapan daripada Shahrizal.

“If I could reach up and hold a star for every time you've made me smile, the entire evening sky would be in the palm of my hand," ikhlas juga jawapan daripada Iffah.

Is it a YES?” duga Shahrizal. Masih belum mahu menukar topik.

“What's meant to be will always find a way,” jawab Iffah ringkas lalu menghadiahkan senyuman buat Shahrizal.

“Esok juga saya suruh family saya hantar rombongan meminang ke rumah awak,” ujar Shahrizal bersemangat.

Iffah hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. Tidak percaya.

*****

ASSALAMMUALAIKUM Iffah,” ujar suara di corong telefon.

            “Waalaikummussalam,” jawab Iffah sepatah.

            “Awak dekat mana sekarang?” soal Shahrizal.

            “Ada dekat bilik ni. Kenapa Shah?” Iffah menyoal kembali.

            “Boleh turun sekejap?” soal Shahrizal lagi.

            “Tunggu lima minit boleh?” Iffah menyoal kembali.

Dan mereka sama-sama tertawa. Jika kedua-duanya saling mengajukan pertanyaan, siapa yang harus menjawab pertanyaan mereka.

“Boleh. Pakai cantik-cantik sikit ya,” Shahrizal berpesan.

“Saya pakai baju lip lap ya,” ujar Iffah sekadar berjenaka.

Kedengaran tawa Shahrizal di corong telefon.

“Lima minit daripada sekarang. Assalammualikum,” ujar Iffah lalu meletakkan gagang telefon.

*****

IFFAH mencari kelibat Shahrizal di bawah blok kediamannya. Shahrizal yang baru perasan kehadiran Iffah datang menghampiri.

            “Assalammualikum,” ujar Shahrizal sambil tersenyum.

            “Waalaikummussalam,” jawab Iffah juga sambil tersenyum.

            Shahrizal melihat jam tangannya. “Sharp five minutes Doktor Muda Iffah Ifhami,” ujar Shahrizal dengan senyuman yang masih mekar di bibir.

            Same goes to you Doktor Muda Shahrizal Nahar,” ujar Iffah perlahan.

            “Jom,” ujar Shahrizal sepatah.

            Iffah mengerutkan keningnya. Isyarat untuk Shahrizal menerangkan ke manakah hala tuju mereka sekarang ini.

            “Mama kita ada dekat sana,” terang Shahrizal seolah-olah memahami persoalan yang bermain-main di fikiran Iffah.

            “Mama siapa?” soal Iffah. Sengaja dia minta Shahrizal mengulang kembali ayat yang dituturkannya tadi. Mungkin pendengarannya kurang jelas sebentar tadi.

            “Mama kita,” jawab Shahrizal bersahaja lalu melangkah menuju ke arah bilik tetamu yang ada di bawah blok kediaman itu. Iffah hanya mengekori.

            Setelah memberi salam, akhirnya Sharizal dan Iffah sama-sama melangkah masuk ke dalam bilik tetamu itu. Alangkah terperanjatnya Iffah apabila melihat mama dan ayahnya ada di situ bersama dua orang lagi yang tidak dikenalinya. Iffah menyalami mereka semua.

Sewaktu Iffah menyalami dua orang lagi tetamu yang tidak dikenalinya, Shahrizal datang menghampiri. “Ini mama dan abah saya,” ujar Shahrizal sambil tersenyum.

Iffah kaget. Apa yang sedang berlaku ini?

*****

PERSALINAN songket putih ini mama beri dekat Iffah tanda jadi ya,” ujar Puan Salimah.

            Iffah menerima persalinan songket yang dihulurkan oleh mama Shahrizal tadi walaupun dia tidak tahu apakah tujuan mama Shahrizal memberinya kain songket putih itu. Tanda jadi apa? Iffah masih bingung.

            “Yang ini pula, cincin tanda. Nanti minggu depan, Iffah balik Malaysia dengan Shahrizal, baru mama buat majlis pertunangan cara beradat ya,” ujar Puan Salimah lagi sambil menyarungkan cincin emas belah rotan ke jari manis Iffah.

Uish. Ini kes parah. Cincin tunang ke ni?

Aku dah bertunang ke?

Dengan siapa?

Shahrizal?

Pertanyaan-pertanyaan itu bermain-main difikirannya. Namun Iffah tidak berkata apa-apa. Mama, papa dan Shahrizal hanya tersenyum memandangnya.

*****

AKU terima nikahnya Iffah Ifhami dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit lima puluh sen tunai,” lafaz Shahrizal dengan sekali lafaz.

            Dan dengan sekali lafaz itu, Iffah Ifhami menjadi isterinya yang sah. Persalinan songket putih pemberiannya tersarung cantik di tubuh Iffah pada malam itu.

            Teringat perbualan mereka sehari sebelum majlis akad nikah ini.

            “Saya takut saya tak dapat cintakan awak,” ujar Iffah.

            “Saya tak minta cinta daripada awak. Tapi saya minta awak percaya pada saya,” ujar Shahrizal.

            “Macam mana saya nak percaya pada awak?” soal Iffah. Dia kelihatan gelisah.

            “Sarungkan songket putih itu, dan kau kan jadi milikku,” ujar Shahrizal tenang. Senyuman diberikan buat bakal isterinya itu.

            Dan hari ini, kerana rasa percaya itu, dia dapat melihat Iffah Ifhami dalam persalinan songket putih itu. Secara sahnya, Iffah Ifhami telah menjadi miliknya.

Sebuah kucupan singgah di dahi Iffah Ifhami untuk upacara pembatalan air sembahyang. Setitis air mata jatuh di wajah mulus milik gadis itu yang kini telah sah bergelar isteri kepada Sharizal Nahar.

*****

ABANG nak air?” soal Iffah kepada Shahrizal yang sedang leka membaca buku medis itu. Sekali sekala jari jemari Shahrizal mengelus lembut rambutnya.

            Shahrizal memandang wajah isteri kesayangan yang duduk disebelahnya yang turut membaca buku medis sepertinya. Bibirnya sudah mengukir senyuman.

            “Iffah tanya apa tadi?” soal Shahrizal kepada Iffah.

            “Abang nak air?” soal Iffah sekali lagi. “Kalan abang nak, Iffah ambilkan,” jelas Iffah lagi tanpa menoleh.

            “Sejak bila panggil abang?” Soal Shahrizal kembali.

            “Entah,” jawab Iffah pura-pura tidak tahu. Bibirnya sudah mengukirkan senyuman. Dia sendiri malu menggunakan perkataan abang itu buat pertama kalinya untuk memanggil Shahrizal.

            “Macam tu, abang kena tanya pada pokok la,” jawab Shahrizal dengan tawa yang sudah tidak dapat ditahan lagi.

Enough. Enough. Abang tak penat ke? Ish ish. Bukan pokok tu boleh jawab pun kalau abang tanya dia,” ujar Iffah dalam tawa yang masih bersisa.

“So, siapa yang nak jawab soalan abang tadi?” soal Shahrizal kembali.

“Yela, Iffah jawab ya. Sejak tadi la,” jawab Iffah dalam nada suara yang rendah. Mukanya memerah menahan malu. Sepantas itu, dia bingkas bangun meninggalkan Shahrizal yang sedang mentertawakannya.

Senior is senior. Memang suka buli orang,’ gumamnya dalam hati.

Nama Afiq Afham kini telah dibuang daripada kamus hidupnya. Kini dalam hatinya hanya terukir nama Shahrizal Nahar.

Dan kini, sebuah lagi equation yang diperolehnya iaitu,

I^2 + SN = ENTAH BILA CINTA

            Iffah tersenyum sendiri. Kini dia bahagia bersama Shahrizal Nahar yang kini suaminya. Moga Afiq Afham juga bahagia bersama Syikin, sahabat baiknya itu.

*****
Terima Kasih bagi yang sudi baca. Komen sikit. J
*****

“Pergilah cinta, Pergilah dikau selamanya” – Isha Idiaz

*****
©Hak Cipta Terpelihara: ~Isha Idiaz~
           



           


Share

3 comments:

Anonymous said...

best sbb iffah pilih org yg cintakan dia......... cerpen u smua best-best teruskan berkarya.....

IlyaAbdullah said...

Menarik...teruskan berkarya :) best

ISHA IDIAZ said...

anon : terima kasih sudi membaca dan komen..

kak ilia : terima kasih kak sudi baca karya isha yang x seberapa ni.. :-)