Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

15

KINI sudah hampir ke penghujung semester Tanpa sedar hubungan mereka semakin jauh. Lima sekawan yang dulunya rapat kini membawa haluan masing-masing.

Mira sudah tidak mengharapkan lagi cinta daripada Shafik. Shafik juga tidak mahu merebut cinta Mira daripada Deli. Deli juga dalam diam telah meminati rakan sekelas mereka yang lain walaupun dalam hatinya masih ada nama Faizah. Faizah dan Farhan, ekoran daripada masalah yang dibawa oleh Deli, masing-masing menjauhkan diri.


Adalah lebih baik mereka begitu daripada persahabatan mereka terputus begitu sahaja. Mereka masing-masing memerlukan masa untuk menerima kenyataan yang selama ini mereka tidak tahu. Begitulah kerumitan yang terpaksa mereka berlima lalui atas nama sebuah cinta dan persahabatan. Walaupun sukar, harus mereka lalui bersama. Dalam diam, cinta itu hadir dalam jiwa mereka dan dalam diam mereka tersepit di dalam masalah cinta yang bersegi-segi.

“Fikir apa?” tegur Farhan yang sedari tadi melihat Faizah termenung kosong memandang gelas yang berisi air bandung cincau itu.

Faizah mengangkat sedikit wajahnya memandang Farhan yang sudahpun mengambil tempat duduk di hadapannya di dalam kafeteria di bangunan pensyarah itu. Sebuah senyuman diukir buat menutup kekusutan yang menerjah mindanya sebentar tadi.

“Tak ada apa. Tengok air ni je,” ujar Faizah seraya mengacau-ngacau air bandung cincau di dalam gelasnya itu menggunakan straw. Cincau yang tadinya mendap di bawah gelas mula terapung di bahagian atas. Air itu juga sudah berubah warna. Pink kehitaman.

Farhan turut sama memerhati tindak tanduk Faizah yang galak mengacau air bandung cincaunya. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis pujaan hatinya itu. Jika tidak, masakan Faizah tidak menyedut air itu yang dibelinya sejak lima belas minit yang lalu.

Air tebu di dalam gelasnya diminum. Lega rasanya dapat membasahkan tekaknya yang dirasakan kering akibat cuaca panas di bumi Jengka ini dengan air tebu yang dingin lagi segar itu.

“Dah bersedia untuk final exam nanti?” soal Farhan cuba membawa Faizah keluar daripada dunia khayalannya.

Akhirnya penyedut minuman disuakan ke bibir. Seteguk air bandung cincau itu melalui esophagus Faizah. Tekak yang sedari tadi kering sudah selamat dibasahkan. “On the road. Kau dah start study?” ujar Faizah sejurus menanyakan pula soalan kepada Farhan.

“Aku belum start lagi. Kita belajar sama-samalah nanti,” tutur Farhan sambil mencuri pandang wajah Faizah yang masih tunduk memandang meja. Memang Faizah jarang menatapnya atau mana-mana lelaki jika bercakap dengan mereka. Merendahkan pandangan katanya.

 “Boleh je. Bila nak start?” ujar Faizah sambil membuang pandangan ke arah siswa siswi dan pensyarah yang sedang beratur untuk membuat pembayaran di kaunter kafeteria itu.

“Kita start malam esoklah. Malam ni aku ada meeting,” cadang Farhan. Matanya masih tidak lepas memandang wajah Faizah.

“Baiklah,” jawab Faizah sepatah tanpa memandang wajah Farhan yang sedang merenungnya dengan senyuman yang tidak hilang di bibir. Macam lala busuk sahaja lagaknya.

‘Ohho Farhan. Cukup-cukuplah tu. Nanti kalau tenung lama-lama boleh tak tidur malam nanti,’ ujar Farhan cuba membawa dirinya ke alam realiti.

“Aku tahu muka aku ni cantik. Jangan pandang lama-lama. Berdosa,” ujar Faizah selamba. Dia dapat merasakan yang sedari tadi Farhan merenungnya.

Sebuah tawa terhambur daripada mulut Farhan. Ya, dia sudah kembali ke alam realiti sekarang ini bahana ditempelak oleh Faizah. Faizah juga geli hati melihat muka Farhan yang merona merah apabila ditempelak olehnya secara tiba-tiba begitu.

‘Kan dah kena attack dengan Faiz. Kantoi pulak aku tengah tenung-tenung, renung-renung dia. Malu seyh.’ Farhan menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Macam mana kau boleh nampak? Bukan kau tengah pandang orang tengah bayar-bayar tu ke?” soal Farhan dalam tawa yang masih bersisa.

“Jangan tak tahu ya Encik Farhan yang lapangan pandang kita ni sangatlah luas,” ujar Faizah selamba. Bukannya Farhan tidak tahu. Sengaja lelaki itu mahu menutup malunya agaknya.

“Kaulah terangkan dekat aku. Aku lupalah Faiz,” rengek Farhan mengada-ngada. Tangannya menupang dagunya di atas meja itu sambil merenung Faizah meminta kasihan.

The approximate field of view of a human eye is 95° out, 75° down, 60° in, 60° up. About 12–15° temporal and 1.5° below the horizontal is the optic nerve or blind spot which is roughly 7.5° high and 5.5° wide,” terang Faizah panjang lebar. Itulah yang di bacanya daripada buku Military Standard, Human Engineering, Design Criteria For Military Systems, Equipment, And Facilities.

Ternganga Farhan mendengar penerangan Faizah sebentar tadi. ‘Dah semacam ensyklopedia bergerak pula si Faizah ni,’ bisik hatinya.

“Aku tahu kau kagum dengan kemampuan aku menjadi ensyklopedia bergerak untuk kau. Tapi, tutup-tutuplah mulut kau tu Farhan. Karang masuk lalat pulak,” tempelak Faizah sekali lagi.

Sekali lagi Farhan ketawa. Tidak menyangka apa yang dituturkan olehnya di dalam hati didengari oleh Faizah.

‘Ni dah kes parah. Dengan hati aku sekali dia dah boleh baca. Apa ada ensyklopedia hati pulak ke si Faiz ni?’ Farhan masih menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya.

“Tak ada benda yang macam kau fikir tu Farhan. Ada ke ensyklopedia hati. Mengarut betul budak ni,” ujar Faizah selamba sambil menyedut air bandung cincaunya yang tinggal sepertiga gelas sahaja lagi untuk dihabiskan.

Istilah-istilah tidak logik yang boleh diklasifikasikan sebagai keluar daripada orbit macam tu hanya Farhan sahaja yang mampu fikirkan. Kini, dia juga terikut sama membuat istilah-istilah tidak logik semacam itu hasil asuhan oleh sifunya, Farhan. Kerana itu, dengan mudah dia boleh mengagak apa yang Farhan mahu tuturkan.

Mungkin ramai yang tidak percaya dengan kenyataannya ini. Tetapi, percayalah. Semakin rapat dia dengan Farhan, semakin banyak benda yang tak payah mereka tuturkan tetapi mereka memahaminya sendiri. Kadang-kadang mereka sudah tahu apa yang mereka ingin katakan sebelum mereka mengatakannya kepada satu sama lain.

“Mana kau tahu aku nak cakap apa tadi Faiz?” soal Farhan serius Keningnya berkerut memandang Faizah. Ingin tahu.

Faizah mengangkat bahunya. “Kaukan raja loyar buruk. Dengan aku sekali dah jadi loyar buruk macam kau,” jawab Faizah jujur. Gelas yang sudah kosong ditolak ke tepi meja.

“Takkan macam tu je? Ish. Tak percaya aku,” ujar Farhan yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan Faizah tadi.

“Dah tu takkanlah aku keluarkan hati kau tu semata-mata nak tahu apa yang kau cakap dalam hati tu?” soal Faizah pula kepada Farhan. Farhan memang suka begini. Kalau dilayan, takkan habislah jawabnya.

“Pulangkan hati aku!” ujar Farhan separuh menjerit apabila melihat Faizah sudah mengangkat punggungnya daripada kerusi untuk meninggalkan kafeteria itu. Beberapa mata memandang drama sebabak yang dilakonkan oleh pelakon yang tidak asing lagi di UiTM Jengka ini iaitu Farhan dan Faizah.

‘Tu yang malas tu. Mula dah Farhan ni tau,’ getus Faizah dalam hati. Langkah kakinya dihentikan di hadapan pintu masuk di kafeteria itu lalu dia memandang Farhan dengan pandangan yang sangat tajam. Macam laser dah pandangannya itu.

Melihat Faizah yang tidak jadi melangkah keluar daripada kafeteria itu, pantas Farhan bangun dan menghampirinya.

“Pulangkan balik hati aku!” ujar Farhan sekali lagi. Kali ini nada suaranya sedikit perlahan daripada tadi. Namun masih boleh didengari oleh mereka yang keluar masuk di kafeteria itu.

“Macam mana nak pulang? Bukan aku ada keluarkan hati kau pun daripada badan tu,” jawab Faizah acuh tidak acuh.

‘Mengada-ngada betul budak Farhan ni,’ hati Faizah berbisik lagi. Tangannya sudah memeluk tubuh. Geram dengan perangai keanak-anakan Farhan itu.

“Tak kira. Pulangkan balik hati aku!” arah Farhan sekali lagi. Manusia-manusia di kafeteria itu yang sedari tadi menonton drama sebabak antara Farhan dan Faizah sama menanti Faizah memulangkan hati Farhan walaupun ianya tidak logik pada pemikiran manusia yang normal.

Malas mahu berdebat dengan Farhan akhirnya Faizah menyeluk saku baju kurung yang dipakainya mencari sesuatu. Kemudian setelah jumpa barang yang dicarinya daripada saku baju kurungnya itu, Faizah berlagak seolah-olah menggenggam sesuatu di tangannya dan dihulurkan objek maya itu kepada Farhan.

“Nah. Amik balik hati kau ni!” ujar Faizah dalam nada geram.

Manusia-manusia di kafeteria itu masing-masing cuba melihat apa yang diberikan oleh Faizah kepada Farhan. Apa benar Faizah telah mencuri hati Farhan dan menyimpannya di dalam saku baju kurung yang dipakainya itu?

Farhan sudah tersenyum sumbing. “Terima Kasih Cik Faiz kerana telah memulangkan hati saya,” ujar Farhan dalam nada gembira seraya menadah tangannya dan menerima objek maya itu. Tangannya kemudian dibawa ke dada seolah-olah memasukkan kembali hatinya itu ke tempat asalnya.

Dan akhirnya, satu kafeteria itu bergema dengan tawa manusia yang melihat drama sebabak antara Farhan  dan Faizah untuk hari ini. Memang tidak logik tetapi itulah yang mereka saksikan sebentar tadi. Seolah-olah memang benar Faizah telah mencuri hati Farhan dan memulangkannya semula.

“Benda keluar daripada orbit ni memang engkau je yang buat Farhan,” bebel Faizah kepada Farhan sewaktu kakinya melangkah keluar daripada kafeteria itu.

Farhan masih tertawa dan membontoti Faizah yang berjalan di hadapannya. “Tapi diaorang percaya,” komen Farhan mengenai drama sebabak yang mereka berdua lakonkan di kafeteria tadi.

“Dah kau tu over sangat nak berlakon dekat situ,” ujar Faizah sambil menoleh ke belakang seraya memukul lengan Farhan dengan gulungan kertas yang ada di tangannya.

Farhan menggosok-gosok lengannya yang terasa perit. “Dah kau je yang suka layan kepala otak aku ni,” tutur Farhan ikhlas.

“Mengada-ngada,” ujar Faizah sepatah lalu berlari meninggalkan Farhan di belakang yang kini cuba mengejarnya.

*****

SETELAH lebih kurang tiga minggu menduduki peperiksaan akhir semester, akhirnya hari ini tamatlah peperiksaan untuk siswa siswi Diploma Sains. Semuanya mampu menarik nafas lega apabila tamat juga peperiksaan yang mencabar ini. Al-maklumlah, ini pertama kali mereka merasa keadaan menduduki peperiksaan di universiti. Bukan sahaja situasinya berbeza dengan peperiksaan di sekolah, malah soalannya juga lebih sukar.

Suasana di luar dewan hingar bingar dengan sorakan siswa siswi yang meraikan tamatnya peperiksaan itu. Tidak kurang juga yang masih membincangkan jawapan yang benar kepada soalan yang ditanya semasa peperiksaan tadi.

Dalam keriuhan dan kepadatan manusia itu, Farhan mencari-cari kelibat Faizah. Matanya menangkap kelibat Faizah yang sedang berjalan menuju ke arah koperasi yang terletak agak mengiring sedikit di bangunan lain di hadapan Dewan Serbaguna UiTM Jengka itu.

“Faiz!” laung Farhan daripada jauh. Faizah yang mendengar namanya dipanggil, menoleh ke belakang. Langkah kakinya dihentikan setelah dikenalpasti suara itu adalah milik Farhan.

Farhan mengurut-ngurut dadanya. Tercungap-cungap juga dia akibat berlari mengejar Faizah sebentar tadi. Mujur Faizah mendengar laungannya tadi.

“Apa pasal?” soal Faizah seraya meneruskan langkah kakinya. Farhan berjalan seiring dengannya.

“Boleh jawab tadi?” soal Farhan ringkas.

“Alhamdulillah, boleh,” jawab Faizah ringkas.

“Bila mama datang ambil?” soal Farhan lagi. Kali ini dia mencuri pandang wajah Faizah di sebelah.

“Sekejap lagi sampailah tu. Sebelum periksa tadi aku tanya sampai Muadzam dah. Abah bila sampai?” giliran Faizah pula bertanya soalan yang sama kepada Farhan.

“Samalah. Sekejap lagi sampailah tu. Barang bawak turun dah semua?” soal Farhan lagi. Entah kenapa dia merasakan seolah-olah tidak mahu melepaskan Faizah pulang ke Johor Bahru hari ini.

“Tadi aku bawak turun dah. Tinggal beg peti dengan laptop je aku tak bawak turun lagi,” ujar Faizah tenang. Cuba mengawal rasa hati yang entah kenapa tiba-tiba sayu.

Mereka membiarkan keadaan sepi seketika sewaktu melangkah masuk ke dalam koperasi. Langkah kaki dihala menuju ke peti penyimpanan aiskrim.

“Ambillah. Aku belanja,” ujar Farhan seraya membukakan cermin peti penyimpanan aiskrim itu bagi membolehkan Faizah mengambil aiskrim yang dia inginkan.

“Betul ni? Tak menyesal? Aku ambil sepuluh karang, kopak kau nak bayar,” ujar Faizah bersahaja.

“Ambillah sepuluh ke dua puluh ke. Aku bayar. Yang penting kau happy,” ujar Fahan ikhlas.

Faizah mengambil empat batang aiskrim. Setiap satu jenis dua batang. Satu perisa limau nipis, perisa kegemarannya. Satu lagi aiskrim Cornetto, aiskrim kegemaran Farhan. Lalu mereka berjalan menuju ke kaunter.

“Lima belas ringgit dik,” ujar penjaga kaunter itu kepada Faizah.

“Saya bayar kak. Lima belas ringgitkan?” soal Farhan memastikan harga yang perlu dibayar olehnya sambil menghulurkan not sepuluh ringgit dua keping.

Kakak penjaga kaunter itu hanya menganggukkan kepalanya seraya mengambil wang yang dihulurkan oleh Farhan tadi.

“Kak, pakcik ni baik hati hari ni sebab dia nak belanja saya,” ujar Faizah bersahaja sementara menunggu kakak itu memulangkan wang baki kepada Farhan.

Kakak penjaga kaunter itu hanya tersenyum. Dia tidak tahu menahu soal belanja tidak belanja. Asalkan sudah dibayar, mereka boleh membawa barang yang mereka beli.

“Dah jom,” ujar Farhan ringkas setelah kakak itu memulangkan wang baki kepadanya. Tangannya pantas mengambil plastik berisi aiskrim itu dan diberikan kepada Faizah.

“Terima kasih kak,” ujarnya pula kepada kakak itu. Kakak itu hanya tersenyum melihat mereka berdua seraya menganggukkan kepalanya. Ah! Indahnya cinta!

Setelah keluar daripada koperasi itu, mereka berjalan melalui susur gajah menuju ke Kompleks Kediaman Siswi sambil menikmati aiskrim Cornetto yang dibeli oleh Farhan tadi.

“Nah satu lagi!” ujar Faizah sambil menghulurkan aiskrim limau nipis kegemarannya kepada Farhan. Farhan menyambut huluran aiskrim itu.

“Nyum nyum. Sedapnya aiskrim ni,” ujar Faizah seraya menikmati aiskrim kegemarannya itu.

Farhan hanya memerhati sejak tadi sambil menikmati aiskrim yang sama. Berkerut-kerut keningnya menahan rasa masam. Dia lihat Faizah santai sahaja menikmati rasa masam daripada aiskrim itu.

“Apa pasal pandang aku macam tu?” soal Faizah. Baru keningnya sedikit berkerut. Tetapi bukan berkerut kerana kemasaman aiskrim itu tetapi pelik melihat gelagat Farhan yang sedari tadi memandangnya.

“Tak masam?” soal Farhan ringkas. Keningnya pula berkerut memandnag Faizah menggigit aiskrim itu dan menikmati aiskrim itu sepenuh hati.

“Tak pun,” jawab Faizah ringkas. Asap-asap halus bewarna putih keluar daripada mulutnya sewaktu dia berkata-kata. Sejuk!

“Dah macam duduk dekat oversea dah tu. Cakap dah keluar asap daripada mulut,” komen Farhan sambil tertawa kecil.

“Ala, kau pun macam tu jugak. Nak cakap orang,” komen Faizah. Dilihat asap putih halus juga keluar daripada mulut Farhan sewaktu Farhan bercakap.

“Faiz! Tengok tu! Comot dah. Cepat habiskan aiskrim tu,” arah Farhan apabila melihat mulut Faizah sudah bersememeh dengan lelehan aiskrim yang mula mencair. Sapu tangannya dikeluarkan daripada saku seluarnya dan pantas dilap mulut Faizah yang comot tadi. Faizah agak terperanjat dengan tindakan Farhan itu namun dibiarkan sahaja.

“Cepat cepat cepat kita habiskan aiskrim,” ujar Faizah dalam nada girang sambil menggigit baki aiskrim yang masih melekat di batang aiskrim itu.

Farhan hanya ketawa melihat gelagat Faizah yang kini seperti kanak-kanak Ribena berusia lima tahun.

“Macam budak kecik,” komen Farhan.

“Biarlah. Jealous pulak,” balas Faizah.

Dan akhirnya mereka sampai di hadapan pintu Kompleks Siswi itu. Berat hati hendak berpisah sepanjang cuti semester nanti namun apakan daya, hanya ini masa yang mereka ada untuk bersama keluarga tercinta.

“Nanti cuti jaga diri elok-elok,” pesan Farhan. Wajah Faizah direnungnya penuh kasih.

“Baiklah. Kau pun sama jugak,” ujar Faizah dalam nada suara yang rendah.

“Jangan lupa message aku,” pesan Farhan lagi.

“Kalau tak nak message pun tak apakan?” duga Faizah seraya ketawa kecil.

Farhan sudah mula menarik muka masam. Terasa kecil hati dengan gurauan Faizah itu.

“Kalau tak nak pun tak apa. Aku tak kisah pun,” ujar Farhan dalam nada merajuk.

Faizah sudah ketawa. Sah, Farhan merajuk dengannya.

“Alololo.. Janganlah merajuk. Nanti aku messagelah kau,” ujar Faizah dalam nada memujuk. Dilihat muka Farhan terus berubah riang.

“Janji?” soal Farhan lagi.

“Ya, janji,” jawab Faizah.

Semakin lebar senyuman di bibir Farhan. Faizah juga mengukirkan senyuman paling manis buat Farhan.

“Nanti kalau result dah keluar, kita check sama-sama ea?” ujar Farhan lagi. Kenapalah susah benar dia mahu meninggalkan Faizah pulang ke blok kediamannya saat ini.

“Boleh ke check sama-sama?” soal Faizah inginkan kepastian.

“Boleh la. Nanti dah nak check, Faiz call la Farhan. Kita check sama-sama,” terang Farhan bagi meyakinkan Faizah.

Walaupun kedengaran agak mustahil, namun Faizah hanya menganggukkan kepalanya.

“Ok, nanti Faiz call,” jawab Faizah bagi memuaskan hati Farhan.

“Jangan lupa kirim salam dekat mama dan ayah,” ujar Farhan sebelum meninggalkan Faizah.

“Jangan lupa juga kirim salam dekat abah dan mama,” ujar Faizah kembali.

‘Susahnya nak berpisah. Cuti semester je pun,’ gumam Faizah dalam hati.

Setelah masing-masing berpuas hati dan memberi salam, akhirnya Faizah menghilang di sebalik pintu pagar Kompleks Kediaman Siswi dan Farhan pula kembali ke Kolej Kediaman Siswa.

Maka, bermulalah cuti semester mereka. Dan bermulalah satu penyiksaan kepada jiwa.

‘Oh! Aku rindu dia!’ bisik hati mereka.

*****
©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Share

13 comments:

IlyaAbdullah said...

menarik...teruskan tak try hantar ke penerbit ke?

ISHA IDIAZ said...

Terima kasih kak Ilya krn sudi baca dan komen. Belum lagi kak. Takut bila dah ada due date nnt tak terkejar nak menulisnya. Nanti kalau dah nak dekat habis baru Isha cuba hantar. (^_^)

IlyaAbdullah said...

Kalau hantar jgn letak penuh di blog tau :)

ISHA IDIAZ said...

Hehe. Baiklah~ Tq Kak Ilya~(^_^)

Rehan Makhtar said...

hehe..betul kata kak ya..mmg menarik..mau lyn lagu tema DDKM plk..yuhuuu encik mimpi..i dont like mimpi..haishh..

ISHA IDIAZ said...

kak rm : terima kasih sudi bce n komen~ hehe.. sile2 lyn~ i dun like mimpi but i like encik mimpi~ hehe~ *jujur sgt*

Princess Novella said...

menarik la syg.. xsabar nk tggu siri ke 16. hehehee -puterisantubong- hehee

ISHA IDIAZ said...

novella : thnks a lot sudi buat marathon baca DDKM dr awal~ tq gak sudi drop comment~ tggu ye nme tu muncul dlm mana2 karya Isha yg blm ada watak nnt~ (^_^)

Princess Novella said...

hehehe..tht name nk suh awk cpt knl je if drop my comment here...hehehe..oke2..xsaba plak rasenye...hehehee...ade kelapangan smbung lg siri ni tau...hehehe

ISHA IDIAZ said...

haha~ ok2.. insyaAllah. ada kelapangan nnt Isha smbung~

Aida Sherry said...

best.... sambung cepat yea...

ISHA IDIAZ said...

kak aida : tq~ insyaAllah~

memey said...

menarikkk :) mmg seksa kalo dah nk dekat2 cuti . heeee . tggu yg episod bercuti muty pulaksss ~