Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Cerpen
P/S : Saya BENCI awak Encik Mimpi
Oleh : Isha Idiaz

******

“KRENG KRENG KRENG!!” bunyi bising yang datang daripada bilik sebelah itu membuat Syaza terjaga lagi daripada tidurnya malam ini.

            “Aish! Bising betul la Encik Mimpi ni!” Syaza merengus keras. Bantal yang tadinya dibuat alas kepala kini sudah dipekup ke telinga.

            Di bilik sebelah, seorang jejaka sedang sibuk mereka sebuah lagu baru dengan gitar akustik kesayangannya itu.


One, Two, Three, Four,” rendah suara Syazwan menuturkan kepada dirinya sendiri. Jari jemarinya memetik lagi gitar yang dipangku kemas di atas ribanya. Matanya tidak lepas memandang not muzik yang diletakkan di atas meja.

            Dan sekali lagi bunyi gitar yang bising itu membuat Syaza terjaga. Kali ini Syaza benar-benar marah. Langkah kakinya pantas menuju ke dinding yang memisahkan antara biliknya dan bilik jirannya di sebelah.

Syazwan pula kini sudah mula melagukan lagu Putus Di Twittar. Lagu itu merupakan lagu ciptaannya sendiri iaitu sebuah kesinambungan daripada lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif yang kini menjadi siulan para remaja.

“Dulu kita berkenalan hanya dengan muka buku,
Ku hantar pesan cinta tiap hari padamu,
Ohho, indahnya saat itu..”

Syaza mengetap giginya. Jejaka yang menyewa di sebelah biliknya ini benar-benar telah mendera jiwanya. Setiap jam dua belas tengah malam, dia akan memetik gitarnya dan menyanyikan bermacam-macam lagu. Mendengar lelaki itu menyanyi bagaikan menjemput Encik Mimpi yang ngeri ke dalam tidurnya. Malam ini sahaja sudah dua kali dia terjaga akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan jejaka itu. Dia tidak kira. Hari ini dia harus membuat perhitungan dengan jejaka itu. Pantas tangan Syaza mengepal buku lima dan ditumbuk ke arah dinding yang memisahkan bilik mereka.

 “Tapi bila ku katakan nak follow Twittermu
Kau cuba mengelak dengan alasan seribu
Ohho, curiga rasa hatiku..”

Syazwan masih menyanyi bait-bait ini tatkala dindingnya ditumbuk keras oleh Syaza yang menggila.

“Hoi orang sebelah! Tidurlah wei! Kau tak tahu ke pukul berapa dah ni!” jerit Syaza daripada biliknya. Terasa mahu tercabut anak tekaknya apabila terpaksa melawan kekuatan bunyi gitar daripada jejaka yang dia gelar sebagai Encik Mimpi itu.

Syazwan yang mendengar lolongan daripada Syaza tadi pantas berhenti memetik gitarnya.

‘Oh, ada orang rupanya bilik sebelah ni,’ ujar Syazwan dalam hati. Dia tersengih-sengih sendiri. Selama ini, dia fikir tiada orang yang menyewa di sebelah biliknya ini memandangkan dia tidak pernah sekalipun terserempak dengan manusia yang tinggal di bilik itu sepanjang dia menyewa di sini.

“Ha, reti pun kau nak senyap! Tiap-tiap malam nak bagi aku mimpi ngeri sebab dengar suara kau yang sumbang tu! Cinta Muka Bukulah, Cinta Twitterlah! Sudah-sudahlah tu Encik Mimpi!” bebel Syaza lagi apabila bilik di sebelah sudah sunyi sepi.

Kakinya saja dihentakkan kuat ke lantai sewaktu melangkah kembali ke katilnya supaya Encik Mimpi itu tahu dia sedang memprotes. 

‘Geram betul aku dengan Encik Mimpi ni,’ getus Syaza dalam hati.

Syazwan hanya tertawa apabila mendengar gadis di sebelah biliknya itu memarahinya. Geli hatinya apabila gadis itu memanggilnya Encik Mimpi. Teringat pula kata-kata gadis itu tadi. Apa benar suaranya sumbang?

Test test,” ujar Syazwan perlahan.

“Ok je suara aku ni. Sedap je aku dengar,” komen Syazwan sendiri. Dia sudah terkekeh-kekeh ketawa. Biarlah apa orang nak kata tentang suaranya itu. Sumbang ke, merdu ke, dia tidak kisah. Yang dia tahu hanya satu. Dia bersyukur kerana dia masih diberi nikmat untuk bersuara.

            Simpati juga dia kepada gadis itu. Pasti sudah lama gadis itu merana berjiran dengannya. Tiap-tiap hari gadis itu terpaksa mendengar dia terpekik terlolong menyanyi lagu-lagu yang direka olehnya. Bukan dia sengaja mendera pendengaran gadis itu. Sungguh, dia tidak tahu ada manusia yang menghuni di bilik itu. Jika tahu, sudah pasti dia tidak akan menyanyikan lagu-lagu catchy seperti itu. Pasti dia akan mendodoikan gadis itu dengan lagu-lagu lullabynya.

‘Eheh, lebih-lebih pulak aku ni,’ kutuk Syazwan dalam hatinya.

Gitar yang tadinya di tangan sudah disandarkan di tepi katilnya. Buku The Details of Modern Architecture (Volume 1) karangan Edward R. Ford. yang diletakkan di meja tepi katilnya itu dicapai lalu diselak ke muka surat yang sudah ditandakan dengan penanda buku.

Namun tumpuan Syazwan bukan di muka surat itu. Bukan juga di Muka Buku. Apatah lagi di Twitter. Fikirannya kini menerawang mengingati peristiwa yang berlaku tadi. Kini, Syazwan tersenyum lagi entah buat kali yang ke berapa.

Angau namanya!

*****

KAU apasal mata macam panda Syaza?” tegur Lily yang sedari tadi melihat mata Syaza layu dan dilingkari oleh lingkaran gelap di bawah mata. Eheh, macam iklan dalam televisyen pula.

            Syaza mengeluarkan cermin kecil di dalam beg sandangnya yang memang sentiasa dibawa ke mana-mana. Melihat sendiri kondisi matanya seperti yang dikatakan oleh Lily tadi.

            Memang benar. Mata panda. Lingkaran gelap telah menghiasi matanya yang tidak berapa nak bulat itu hari ini. Matanya juga kelihatan sedikit sembab.

            “Study kuat sangatlah tu malam tadi,” sampuk Lisa pula.

            Syaza mengeluh. Cermin kecil itu dimasukkan semula ke beg sandangnya.

            “Ini bukan sebab aku study kuat sangat,” Syaza membela dirinya.

            “Dah tu sebab apa? Kau nangis?” soal Lily prihatin. Lily dan Lisa memandang antara satu sama lain silih berganti sementara menanti penjelasan yang lebih lanjut daripada Syaza.

            “Ini semua gara-gara Encik Mimpi tulah!” tutur Syaza geram. Giginya sudah menggigit bibir bawahnya menahan geram.

            Serentak itu, Lily dan Lisa menghamburkan tawa mereka.

            “It’s not fun ok. I’m telling you guys the truth. Mata panda ni jadi sebab dialah! suara Syaza bergetar memberi amaran dan menerangkan situasi yang dialami olehnya kepada dua orang sahabat baiknya itu.

            Dalam tawa yang masih bersisa, Lily dan Lisa masing-masing memegang perut mereka.

            “Encik Mimpi lagi? Semalam dia nyanyi lagu apa pulak untuk kau?” ujar Lily dengan ketawa yang hampir reda. Di fikirannya, dia mula membayangkan bagaimana sahabat baiknya itu menekup telinganya dengan bantal apabila Encik Mimpi mula membuat marathon menyanyi setiap malam.

            “Tajuk apa entah semalam dia nyanyi. Yang aku dengar dia ada sebut Cinta Muka Buku dengan Twitter. Adalah tu dia mengubah lirik lagu Najwa Latif tu jadi lagu dia,” terang Syaza sambil otaknya cuba mengingat kembali peristiwa malam tadi.

            “Kira okeylah tu Syaza, tiap-tiap malam dia dodoikan kau sebelum kau tidur,” celah Lisa pula. Bibirnya sudah menguntum senyum.

            “Okey apanya? Aku elok-elok tengah mimpi naik kuda dengan Putera Raja tiba-tiba bila dengar suara dia je, Putera Raja tu terus tolak aku daripada kuda,” ujar Syaza dalam nada tidak puas hati. Pandangannya dibuang ke taman universiti yang dihiasi dengan bunga-bunga yang cantik. Tenangkan hati.

            Sekali lagi Lily dan Lisa ketawa. Sungguh parah sekali situasi yang dialami oleh Syaza sekarang ini. Seharusnya, jika ada orang yang dodoikan kita sebelum tidur, makin nyenyaklah kita tidur. Dalam situasi Syaza pula, setiap kali dia mendengar suara Encik Mimpi, setiap kali itulah mimpi indahnya menjadi mimpi ngeri.

            Bukan sekali dua Syaza menceritakan bagaimana mimpi indahnya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mendengar suara Encik Mimpi kepada mereka. Malah, hampir setiap hari Syaza akan memberitahu mereka hal itu. Mereka juga tidak jemu mendengar cerita Syaza. Melalui Syazalah mereka mengenali seorang jejaka yang diberi nama Encik Mimpi oleh Syaza.

            “Dia tu kreatiflah. Banyak juga idea dia menukar lirik-lirik yang sedia ada tu,” komen Lily lagi.

            “Betul tu Lily. Kau takkanlah tak teringin nak tahu siapa Encik Mimpi tu Syaza?” soal Lisa pula.

            Syaza memandang wajah sahabat baiknya itu satu persatu. Bibirnya mengukir senyum. Apabila melihat Syaza tersenyum, Lily dan Lisa turut tersenyum. Ada peluanglah mereka nak berkenalan dengan Encik Mimpi itu nampaknya.

            “Aku ni tak adalah nak cakap aku tak nak kenal dengan Encik Mimpi tu,” sengaja dia berjeda di situ.

            Lily dan Lisa sudah teruja mendengar respon yang diberikan oleh Syaza.

            “Tapi, aku lebih rela tak kenal dengan orang macam tu! Dia perosak mimpi indah aku tiap-tiap hari!” ujar Syaza ringkas dan padat.

            Beg sandang yang diletakkan di atas meja itu dicapai, lantas Syaza meninggalkan Lily dan Lisa yang terpinga-pinga dengan tindakannya yang drastik itu.

Melihat kelibat Syaza yang sudah hilang di celah-celah puluhan manusia di kampus itu, Lily dan Lisa juga mula meninggalkan kawasan taman universiti untuk mencari jejak Syaza yang membawa diri entah ke mana.

Mereka kecewa juga sebenarnya. Identiti Encik Mimpi itu masih menjadi tanda tanya di dalam otak mereka hingga kini.

*****

RAMBUT lurusnya yang separas bahu itu disisir rapi. Kemeja T berkolar warna jingga itu disarungkan ke badan. Haruman Polo Black disembur ke badan. Hari ini kuliahnya di awal pagi. Kerana itulah, Syazwan sudah bersiap-siap awal pagi begini.

Tangannya pantas menuangkan air panas ke dalam mugnya yang sudah berisi serbuk Milo 3in1 yang diimport khas daripada Malaysia. Maklumlah, mana nak dapat Milo macam tu di bumi Dominician Republicini. Air di dalam gelas itu dikacau rata agar serbuk Milo tadi sebati dengan air.

Sedang dia membancuh air untuk sarapan paginya itu, fikirannya tiba-tiba teringat jiran sebelah biliknya itu. Oh ya! Dia tidak bermain gitar dan menyanyikan lagu malam tadi. Pasti jirannya itu dapat tidur dengan lena tanpa gangguan darinya. Mimpi indah mungkin malam tadi.

Syazwan tergelak sendiri. Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali. Entah sejak bila pula dia prihatin terhadap jiran sebelah biliknya itu, dia juga tidak tahu. Mungkin sejak dia dimarahi tempoh hari.

            Air milo panas yang masih berasap itu dihirup perlahan. Asap-asap putih halus berterbangan di udara setiap kali Syazwan meniup air di dalam mug itu.

            ‘Jiran sebelah, apa khabar dirimu?’ bisik hatinya.

            Sebuah buku nota kecil dikeluarkan daripada beg kuliahnya. Sebatang pen kini di dalam gengaman. Dia mahu menulis sebuah lagu untuk jiran sebelah rumahnya itu. Lagu yang boleh melenakan gadis itu. Supaya dia tidak lagi menjadi Encik Mimpi yang ngeri kepada gadis itu. Dia mahu menjadi Encik Mimpi yang indah buat gadis itu. Ya, dia sangat memaksudkannya.

            “Tidurlah Sayang,” bisik Syazwan perlahan.

            Nafas lega dilepaskan. Matanya melihat sekilas lirik lagu yang sudah siap ditulis. Bibirnya mengukir senyum. Berpuas hati dengan lirik spontan yang berjaya dihasilkan untuk jiran sebelah biliknya itu.

            Air milo yang masih bersisa dihabiskan. Mug yang sudah kosong itu dibawa ke dapur untuk dicuci sebelum dia ke kuliah. Sebelum melangkah keluar daripada bilik itu, tangannya sempat mencapai gitar yang disandarkan di kepala katil. Dia harus mencari melodi untuk menyanyikan lagu Tidurlah Sayang yang dicipta khas buat gadis di bilik sebelah itu malam ini.

            Pantas tangannya menutup daun pintu dan mengunci pintu bilik sewanya. Bilik di sebelah dipandang sekilas.

            ‘Tidurlah,’ bisik hati kecil Syazwan sebelum dia berlalu meninggalkan bangunan itu menuju ke universiti dengan siulan kecil.

*****

BAIK betul angin kau hari ni Syaza?” tegur Lisa yang sedari tadi melihat Syaza tersenyum-senyum seorang diri.

            “Hai, angin aku baik pun kau orang tak suka ke?” soalnya kembali kepada Lisa. Buku The Practical Book of Architecture karangan Charles Matlack Price  yang dibacanya sebentar tadi ditutup.

            “Tak adalah tak suka. Cuma pelik,” celah Lily yang masih tidak mengalihkan pandangannya daripada nota kuliah yang sedang ditatapnya itu.

            “Apa yang nak dipelikkan. Kalau angin aku baik tu maksudnya aku mimpi bestlah malam tadi,” selamba sahaja jawapan yang diberikan oleh Syaza.

            Lily yang sedari tadi tekun membaca mengalih pandangannya. Tepat memandang wajah Syaza yang duduk di sebelah. Begitu juga dengan Lisa.

            “Encik Mimpi tu dah pindah rumah ke?” serentak mereka berdua bertanya.

            “Hehe,” ujar Syaza dengan senyuman lebar di bibir.

            “Kau biar betul Syaza?” soal Lisa lagi.

            Syaza memandang Lisa dan Lily silih berganti. Jelas tergambar riak ingin tahu dan kecewa pada kedua-dua wajah sahabat baiknya ini.

            “Aku tak tahulah dia dah pindah ke tak. Tapi yang aku tahu, semalam aku tak ada pula dengar dia nyanyi sambil main gitar akustik dia tu,” terang Syaza panjang lebar.

            Lisa dan Lily sama-sama melepaskan keluhan berat. Sungguhlah Syaza ni boleh buat mereka lemah jantung. Mereka ingat Encik Mimpi itu sudah berpindah. Jika itu yang mahu disampaikan oleh Syaza, menyesal tak sudahlah mereka berdua kerana tidak dapat berkenalan dengan Encik Mimpi itu.

            “Yang kau orang nak mengeluh tu kenapa? Okeylah tu dia dah tak kacau tidur aku. Lena aku tidur. Tak adalah datang mimpi ngeri,” komen Syaza apabila melihat wajah dua sahabatnya itu sudah mencuka mengalahkan cuka dapur.

            “Kau seorang je yang tak suka dengar Encik Mimpi tu dodoikan kau. Kalau akulahkan, tiap-tiap hari ada orang dodoikan aku sebelum tidur, alamatnya, memang tak bangun-bangunlah aku sampai esok pagi. Lena je tidur,” ujar Lily mengutarakan pendapatnya.

            “Aku pun sama macam kau Lily. Dapat seorang macam Encik Mimpi tu, bahagia je rasa. Ini baru sehari kau tak dengar bolehlah kau cakap besar Syaza. Nanti, kalau dah dua tiga hari tak dengar suara dia sure kau rindu punya,” Lisa pula menambah perisa kepada perbualan mereka bertiga.

            Syaza tidak tahu kenapalah sahabatnya berdua ini tidak memahami situasinya. Penyokong besar Encik Mimpi nampaknya. Walhal, bukan mereka pernah dengar pun Encik Mimpi tu menyanyi atau bermain gitar.

            Seorang jejaka yang sedari tadi duduk di meja sebelah hanya mencuri perbualan tiga gadis itu. Mendengar satu-persatu ayat yang dituturkan oleh setiap daripada mereka. Hanya satu yang menarik perhatiannya. Encik Mimpi. Nama itu disebut-sebut oleh tiga gadis itu sejak awal perbualan mereka lagi.

            Encik Mimpi merupakan gelaran yang diberikan oleh jiran sebelah biliknya kepada dirinya tempoh hari. Kerana itu dia menguping untuk mendengar apakah benar dia yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga gadis itu. Sepertinya, memang dialah orang itu.

Tidak betah duduk di situ, Syazwan bangun dan meninggalkan meja itu. Sewaktu melintasi meja yang ditempati oleh tiga sahabat itu, sempat dia melihat sekilas gadis yang bernama Syaza itu. 

            Mungkinkah gadis yang dipanggil Syaza ini adalah jiran sebelah biliknya? Hanya itu yang bermain-main di dalam fikirannya.

*****

SEDAR tidak sedar hari sudah lewat petang. Selesai sahaja kuliah, Syaza mengambil keputusan untuk terus pulang ke bilik berehat. Maklumlah, sehari suntuk dia bertungkus-lumus mencari ilmu.

            Sepanjang perjalanan pulang ke bilik sewanya, dia tidak perasan dia telah diekori oleh seorang pemuda. Pemuda itu mengikutinya dalam jarak yang agak jauh agar tidak terlalu ketara kelihatan dia mengekori gadis itu.

            Syazwan hampir pasti gadis bernama Syaza itu adalah gadis yang menyewa di sebelah biliknya apabila gadis itu memasuki bangunan kedai bertingkat di kawasan tempat dia menyewa.

            Dilihat susuk tubuh gadis yang kecil molek itu berjalan sambil menghayunkan beg sandangnya ke depan dan ke belakang. Kedengaran juga gadis itu menyanyi kecil lagu Cinta Muka Buku.

            ‘Sedap juga suaranya,’ bisik hati Syazwan. Bibirnya mengukir senyum

            Dan akhirnya gadis kecil molek berbaju kuning cair itu dengan selendang warna senada hilang dari penglihatannya apabila dia meloloskan diri ke dalam bilik di sebelah bilik sewanya.

            Sah! Dia jiran sebelah bilikku!

*****

JAM sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Syaza masih belum tidur lagi. Dia hanya berbaring malas di atas katilnya. Bukan dia tidak cuba untuk melelapkan matanya. Namun mata ini yang tidak mahu lelap. Degil sungguh matanya hari ini.

            ‘Encik Mimpi ni betul-betul dah pindah bilik ke?’ soalan itu tiba-tiba bermain di fikiran Syaza.

Sunyi pula rasanya setelah hampir seminggu dia tidak mendengar alunan suara Encik Mimpi ini dan petikan gitar akustiknya. Ini sudah pasti kerana salahnya. Mungkin Encik Mimpi terasa hati dengan kata-katanya pada malam itu lantas tidak mahu lagi menyanyikan lagu untuknya seperti selalu.

‘Eh, sejak bila pula Encik Mimpi menyanyikan lagu untuknya? Bukankah selama ini Encik Mimpi hanya menyanyi mungkin kerana minatnya,’ soal Syaza kepada dirinya.

‘Dan sejak pula dia yang sangat anti dengan Encik Mimpi yang selalu membawa mimpi ngeri dalam tidurnya itu sekarang merindui suara lelaki itu?’ soal Syaza lagi kepada dirinya.

            “Haishhhh!” akhirnya Syaza menjerit sedikit kuat. Meluahkan kekusutan yang melanda otaknya. Tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan akhirnya telah mengusutkan rambut lurusnya separas bahu itu.

            Syazwan yang mendengar jeritan kecil Syaza di bilik sebelah cuba memasang telinga. Dapat ditangkap bunyi derap kaki gadis itu seolah-olah menghampiri dinding yang memisahkan bilik mereka.

            Syazwan tertawa kecil. Pasti gadis itu memikirkan dirnya. Sebenarnya, sengaja dia tidak menyanyi mahupun memetik gitar akustiknya untuk menduga sejauh mana Syaza membenci suaranya yang dikatakan sumbang itu. Nyata, baru seminggu dia mendiamkan diri, gadis itu sudah merindui suaranya. Mungkin juga merindui mimpi ngeri yang selalu menemani tidurnya.

            Syaza yang bagai kucing kehilangan arah itu akhirnya bersandar di dinding yang memisahkan biliknya dan Encik Mimpi. Berharap agar rasa risau dan segala tekaan yang bermain di mindanya mengenai perpindahan Encik Mimpi sebentar tadi hilang. Entah kenapa dia begini dia juga kurang pasti.

            Syazwan yang sedari tadi hanya mendengar bunyi-bunyi daripada bilik sebelah akhirnya mencapai gitarnya dan duduk bersandar di dinding yang memisahkan biliknya dan bilik jiran sebelah biliknya. Dia amat pasti gadis itu juga sedang bersandar di dinding itu kerana tadi dia mendengar keluhan gadis itu betul-betul di sebalik dinding itu.

            Dengan perlahan, tangannya memetik gitar akustiknya memainkan irama indah yang dicipta khas buat jiran sebelah biliknya itu.

            Mendengar bunyi gitar daripada biilik sebelah membuat hati Syaza melonjak gembira. Serta-merta senyuman terukir di bibirnya.

            “Encik Mimpi masih wujud rupanya,” ujar Syaza perlahan. Namun suaranya itu masih dapat didengari oleh Encik Mimpi di sebelah sekaligus membuahkan sekuntum senyuman di bibir merah milik jejaka itu.

            Dan kini berlagulah sebuah lagu tenang untuknya. Sebuah melodi terindah yang ditujukan khas buatnya oleh Encik Mimpi. Dia mendengar bait-bait ayat yang diucapkan oleh Encik Mimpi dengan teliti.

“Tidurlah, gadisku sayang,
Tidurlah pejamkan matamu,
Tidurlah hilangkan semua resahmu,
Tidurlah…”

Mendengarkan bait pertama benar-benar membuat jiwanya tenang. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya.

 “Tidurlah gadis ku manja,
Tidurlah ku belai rambutmu,
Tidurlah di sini menemanimu,
Tidurlah…”

Tenang. Itu yang dirasakannya kini, Petikan gitar akustik itu dan alunan suara Encik Mimpi yang lembut itu benar-benar membuai perasaannya saat ini. Syaza terkesima.

“Izinkan aku,
            Merinduimu sepanjang malamku,
Izinkan aku,
Untuk menjagamu…”

Dan kini tanpa sedar dia sudah terbuai dengan lirik yang ditulis oleh Encik Mimpi itu. Lirik itu benar-benar menyentuh hatinya.

“Dalam mimpimu,
Akukan menyanyikan laguku,
Nanti kau selalukan tersenyum…”

Syaza memeluk kedua-dua kakinya. Dagunya ditupang pada lututnya. Mendengar lagu nyanyian Encik Mimpi itu sepenuh hatinya. Seminggu dia tidak mendengar suara itu.

“Tidurlah, gadisku sayang,
Tidurlah pejamkan matamu,
Tidurlah hilangkan semua resahmu,
Tidurlah…”

“Tidurlah gadis ku manja,
Tidurlah ku belai rambutmu,
Tidurlah di sini menemanimu,
Tidurlah…”

Di bilik sebelah, Syazwan menyanyi dengan penuh perasaan. Tangannya masih menari-nari di gitar akustik itu memainkan not not lagu Tidurlah Sayangku itu.

“Izinkan aku,
Merinduimu sepanjang malamku,
Izinkan aku,
Ada disisimu…”

“Setiap malammu,
Ku pastikan semuanya terindah,
Nanti kau selalukan tersenyum…”

            Walaupun mereka tidak pernah bersua muka, namun kini mereka seolah-oleh berkongsi rasa yang sama. Kedua-duanya kini sedang tersenyum.

“Biarkan aku mengukir namamu,
Dalam mimpi ku ingin kau hadir,
Segalanyakan ku pastikan,
Rindumu…”

“Tidurlah, tidurlah, tidurlah, tidurlah…
Tidurlah, tidurlah, tidurlah, tidurlah…
Tidurlah, sayangku…”

            Tanpa sedar, manik jernih jatuh daripada tubir mata Syaza setelah lagu itu selesai dinyanyikan oleh Encik Mimpi. Entah mengapa dia sangat terharu mendengar lagu itu. Sejujurnya, dia jatuh cinta dengan lagu itu. Mungkin juga dia jatuh cinta dengan tuan punya suara itu.

            Dan tiba-tiba sehelai kertas masuk melalui celah di bawah pintu. Syaza agak terperanjat lalu segera mencapai kertas itu. Senyumannya terukir sebaik sahaja membaca ayat yang tertulis di kertas itu.

            Tidurlah sayangku..
Izinkan aku menemani mimpi malammu..
-Encik Mimpi-

Pantas dia membuka pintu biliknya setelah menyarungkan selendang menutupi rambutnya. Dan diluar, di pintu bilik sebelah, dia melihat seorang jejaka sedang bersandar di pintu bilik itu. Itukah gerangan Encik Mimpi?

Syazwan berpaling menoleh ke arah Syaza. Sesusuk tubuh kecil molek itu kini berdiri di hadapannya.

‘Dia gadis itu. Syaza namanya. Dia kini pemilik hatiku,’ bisik Syazwan dalam hati.

Tiada kata yang diucapkan antara mereka. Hanya senyuman menzahirkan apa yang mereka rasa.

Ya, kini mereka bahagia!

*****

P/S : Cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

*****

Saat mendengar dia menyanyikan lagu tema e-novel itu buat pertama kalinya untukku, aku tersenyum dalam tangisan sendu..

~Isha Idiaz~

*****

©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Lirik Cinta Putus di Twitter – Hak Milik Encik Mimpi
Lirik Tidurlah Sayangku – Hak Milik Encik Mimpi

           *****
Share

26 comments:

misz aisyah said...

bez cerpen niey...
lagu 2 p0wn sememangnya wujud...jdi bley imagine situasinya mcm mne...
gud j0b kak isha idiaz...
huhu...
h0pe...terus maju lam bidang penulisan...

(^_0)V

ISHA IDIAZ said...

hehe~ tq misz aisyah~ doakan akk ye~ (^_^)

nur sara wahiza said...

Akak ! Seriouslyy .. Sara dah jd cam Syaza dah ! hahaha ! :) btw , nice cerpen .. :D

ISHA IDIAZ said...

sara : haha~ plz behave urself k~ bwk2 mengucap.. kehkeh~ tq bce n komen dik~ :-)

NajiHa said...

besttt...!!!!10 bintang..**********

Anonymous said...

ahhhh! jeles2! suka nya baca cerpen ni! waahhhh... rasa mcm dah jatuh cinta dgn encik mimpi pun ada. :')

-kleo-

ISHA IDIAZ said...

asiah > tq sudi bce n komen~ :-)

kleo > tq bce n komen~ wahaa.. sile2 jtuh cinta dgn encik mimpi~

Encik Mimpi said...

thnx isha, sbb sudi buat cerita yg berkaitan dgn en mimpi. best cerita ni! hee.. tp malu la, sy xsejiwang itu. sy macho gile kot. hee.. syazwan, jage name baik en mimpi elok2. kalau tak nahas.

ISHA IDIAZ said...

Encik Mimpi : My pleasure Encik Mimpi~ Thnx 4 da compliment.. Hehe~ X jiwang tp macho ye? Noted that.. InsyaAllah Syazwan jge nama Encik Mimpi 2 elok2.. Dun hv 2 worry.. Kalau die xjge, i sendiri akn pancung die.. (^_^)

Nur syazwani said...

Nice la :D

ISHA IDIAZ said...

waniey : tq bce n komen.. :-)

cari aku di sini said...

best! hehehehe buat lah kesinambungan cerita selanjutnya...

ISHA IDIAZ said...

tq cari.. insyaallah ade t..

qylah said...

suka jugak cerita nie,,,,

H.D said...

mendalam ayat last tu.. huhu

ISHA IDIAZ said...

qylah : tq..
mlov : ayt mne 2? haha

Nur Sara Wahiza .. said...

Ngee , ayat last yg "Encik Mimpi" ckp tu .. :) s0 sweet gtu .. :)

ISHA IDIAZ said...

sara : haha~ yg 2 ek? sweet sgt 2.. encik mimpi die macho.. die xsweet..

Nur Sara Wahiza .. said...

Haha , macho lerr .. :) pn boleh .. :)

khairul said...

ade error sikit kot..
kat bahagian
'Dan sejak pula dia yang sangat anti dengan Encik Mimpi yang selalu membawa mimpi ngeri dalam tidurnya itu sekarang merindui suara lelaki itu?' soal Syaza lagi kepada dirinya.

selepas perkataan "Dan sejak" tu bukan sepatutnya letak "bila" ke?

pape pon best cerpen nih!!

mr E oSk girL said...

one word.... TERBAIK!! erpen ini menarik...mcm true story pn ada :)

Nina Zizan said...

waaa... beznya... Syazwan erk??? hakhak... nice sory btw... =D

mis Light said...

sweet....hehe

jiba said...

citer yg sempoi,ringkas,padat...best!!!

Shahazilla said...

saya baru je baca cerpen awak dekat penulisan2u and tak sangka terjumpa blog awak.best cerpen awak:) saya enjoy baca.Btw boleh tak kongsi sikit tips nak tulis cerpen?thank you.

Shahazilla said...

saya baru je baca cerpen awak dekat penulisan2u and tak sangka terjumpa blog awak.best cerpen awak:) saya enjoy baca.Btw boleh tak kongsi sikit tips nak tulis cerpen?thank you.