Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia



Sebenarnya sudah tiga tahun saya tidak dapat menyambut Hari Raya Aidiladha di Malaysia.. Walaupun sudah mula terasa kesedihannya, kami harus tabah kerana itulah pengorbanan kami sebagai anak perantau demi mengejar cita-cita..


Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga tersayang, mama, ayah, dan adik-adik. Tidak lupa juga buat sanak saudara dan sahabat handai. 


Buat rakan seperjuangan yang sama-sama menyambut hari raya diperantauan, be strong.. We faced it together.. Disinilah keluarga kita sekarang.. Jangan kalasi tugas masak raya.. Hehe..


Teristimewa Salam Aidiladha ini saya tujukan buat anda semua yang sentiasa menyokong saya dengan membaca karya saya tanpa jemu. Juga tidak lupa kepada anda yang menjadi pengikut setia blog Isha Idiaz ini. Salam Aidiladha saya ucapkan buat anda semua. 


Last but not least, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam tidak kira di mana jua anda berada. Maaf zahir dan batin daripada saya.  Manfaatkanlah masa yang ada untuk bersama keluarga tersayang.


Salam sayang dari perantauan,
~Isha Idiaz~
Share

0 comments: