Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Assalammualiakum dan salam sejahtera untuk semua.

Hari ini saya terpanggil untuk menulis sedikit luahan rasa hati untuk tatapan anda semua. Kerana anda tidak pernah mengenali saya secara berdepan, maka anda tidak pernah akan memahami saya. Oleh itu, saya tampil untuk meluahkan sedikit perasaan saya kepada anda.

Sebenarnya saya sedikit kecewa apabila lagu Dalam Diam Ku Mencintaimu disebarkan tanpa mereka tahu apa makna disebalik lagu DDKM itu sebenarnya. Saya meletakkan seluruh hati saya untuk membuat lagu itu. Mungkin anda fikir ianya mudah untuk menghasilkan sebuah lagu. Hakikatnya, saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lagu itu. Mari, ambil tahu sedikit bagaimana lagu itu terhasil.

Bermula dengan lirik asalnya di dalam Bahasa Inggeris, saya mengambil masa yang lama untuk menulisnya. Ia merupakan sebuah lagu yang menceritakan apa yang ada pada e-novel DDKM yang anda baca sekarang secara keseluruhannya. Kerana lirik lagu ini adalah apa yang saya mahu sampaikan kepada seseorang yang sangat saya sayangi, maka saya menulis lirik ini sesuai dengan jiwa saya. Saya curahkan apa yang saya mahu katakan kepadanya selama ini yang tidak pernah terluah dek kata-kata.

Ketika saya perlu mencari melodi untuk lagu ini, saya hampir berputus asa. Ketika itu tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya. Saya malah mencari beberapa orang pemetik gitar yang ratingnya tinggi di YouTube untuk menggubah melodinya seperti yang saya mahukan. Tetapi pada waktu itu, tiada siapa yang sudi membantu saya. Difikiran saya, saya mahukan lagu itu seperti ini dan ini. Namun saya tidak punya bakat untuk bermain alat musik. Hampir tiga bulan mencari melodi untuk lagu ini, akhirnya saya dibantu oleh Doktor Muda Abdullah Aqeel yang sudi meluangkan masanya yang tidak lapang untuk menggubah melodi. Saya akhirnya dihidangkan dengan sebuah melodi yang cukup indah untuk di dengar.

Kerana kesibukkan melanda doktor muda itu, makanya beliau tidak sempat untuk merakamkan lagu itu. Saya hanya mendenar dia memainkan lagu itu sekali sahaja melalui telefon. Pada waktu itu, difikiran saya kosong. Saya tidak dapat cara untuk menyanyikan lagu itu walaupun sudah ada melodinya. Maka, lagu itu terbantut lagi selama hampir tiga minggu. Saat ini, seorang lagi tampil sudi memberikan bantuannya iaitu Rei Retro. Setelah saya memberikan not yang dicipta oleh Abdullah Aqeel dan lirik penuhnya, Rei Retro merakamkan lagu itu dengan baik. Namun saat itu, hanya melodi tanpa nyanyian. Sekali lagi lagu ini terpaksa disimpan selama seminggu.

Terakhir, saya menyerahkan lagu ini kepada Nur Adijah Masgar untuk diubah suai dan dinyanyikan olehnya. Dan jadilah ianya seperti yang anda dengar sekarang. Itulah melodi hasil gabungan idea Abdullah Aqeel, Rei Retro dan Nur Adijah. Kali ini saya mendapat lagu itu beserta suara penyanyinya. Maka wujudlah, Love You Silently iaitu lagu tema e-novel DDKM. Namun seharusnya lagu itu dinyanyikan oleh lelaki bukan wanita.

Hampir sebulan saya menyimpan lagu itu kerana format amr yang tidak dapat saya tukarkan ke format mp3 yang boleh saya uploadkan di mana-mana. Dan hampir sebulan juga saya mencari volunteer lelaki untuk menyanyi lagu itu. Ketika itu, datanglah Encik Mimpi yang datang menjenguk blog saya dan menyuruh saya melawat blognya. Saya sangat teruja apabila mendapat tahu Encik Mimpi merupakan seorang penggitar.

Tanpa melengahkan masa, saya terus menghubungi Encik Mimpi di facebooknya. Hampir seminggu saya tidak dilayan oleh Encik Mimpi walaupun saya sudah meninggalkan pesanan di Fb dan blognya banyak kali.  Akhirnya saya mencuba sekali lagi sebelum menyerah kalah. Dan Alhamdulillah, Encik Mimpi yang sangat top itu akhirnya perasan juga message saya, yang merupakan seorang insan biasa ini. Saya sangat bersyukur apabila Encik Mimpi bersetuju untuk menyanyikan lagu itu apabila saya menerangkan kepadanya saya sudah mempunyai melodi, lirik, juga cara menyanyikan lagu itu. Saya hanya memerlukan suara lelaki untuk lagu itu.

Setelah menyerahkan semua dokumen termasuk lirik, melody dan contoh nyanyian kepada Encik Mimpi saya berasa sedikit lega. Namun, sekali lagi, saya ditimpa masalah apabila Encik Mimpi enggan menyanyi lagu itu di dalam Bahasa Inggeris. Encik Mimpi menolak mentah-mentah untuk menyanyikan lagu itu pada awalnya. Beliau tidak mahu menyanyikan lagu itu jika liriknya tidak ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu.

Saya hampa waktu itu. Sangat kecewa sebenarnya. Sampai saat itu saya masih memperjuangkan lagu ini untuk pembaca setia e-novel saya. Dalam keadaan kusut selama beberapa bulan hanya untuk sebuah lagu itu, saya sebenarnya sudah hilang fokus untuk belajar sewaktu sesi kuliah. Hari itu juga, saya terpaksa duduk di bahagian belakang ruangan kuliah kerana kondisi ruangan itu sangat tidak selesa. Dan suasana ruangan kuliah yang bising di bahagian belakang membuatkan saya benar-benar tidak boleh mendengar suara pensyarah di hadapan. Lantas, saya mengeluarkan earphone yang sentiasa saya bawa ke mana-mana lalu saya cucukkan ke hp saya dan saya mendengar lagu-lagu yang ada di playlist. Saat mendengar lagu-lagu itu, timbul ilham untuk saya menulis lagu Dalam Diam Ku Mencintaimu itu dalam versi Bahasa Melayu. Maka, itulah lirik yang anda dengar sekarang ini yang sering anda semua nyanyikan.Pulang kuliah, saya segera menghantar lirik baru itu kepada Encik Mimpi menerusi FB. Dan tiga hari kemudian Encik Mimpi menguploadnya di youtube. Masa yang diambil tidak terlalu lama, kerana semuanya sudah ada di depan mata. Encik Mimpi hanya perlu memainkan lagu itu semula seperti yang dimainkan oleh Abdullah Aqeel, Rei Retro dan Nur Adijah, dan menyanyi persis dengan nyanyian Nur Adijah. Yang berbeza hanya liriknya.

Reaksi saya pertama kali apabila mendengar lagu itu?

Saya menangis semahu-mahunya. Hampi enam bulan saya berusaha menyiapkan lagu itu untuk pembaca setia e-novel Dalam Diam Ku Mencintaimu di blog saya, akhirnya ianya berhasil. Saya hanya mampu menangis dan tersenyum sewaktu mendengarnya. Encik Mimpi memang menyanyikan lagu itu sesuai seperti yang saya mahukan. Sesuai dengan feel yang saya mahu bawakan kepada anda.

Apa yang membuat saya kecewa?

Saat anda membuat pelbagai versi untuk disiarkan di mana-mana, tolong, hargailah mereka yang bersusah payah bersama-sama saya sejak awal untuk membuat lagu ini.

Setidak-tidaknya, letaklah nama mereka jika anda membuat video untuk lagu ini untuk disiarkan di youtube atau di mana-mana sekalipun. Sangat tidak adil jika anda hanya meletakkan nama Encik Mimpi untuk lagu itu.
Letaklah maklumat ini di video yang anda upload.

Tajuk Lagu : Dalam Diam Ku Mencintaimu (sebuah lagu tema untuk e-novel Dalam Diam Ku Mencintaimu di http://ishaidiaz.blogspot.com)
Lirik : Isha Idiaz
Melodi : Abdullah Aqeel, Rei Retro, Nur Adijah
Penyanyi : Encik Mimpi

Mungkin ada pihak yang akan tersinggung. Tetapi saya sebagai pemilik lagu itu berhak penuh di atas lagu tersebut. Saya sangat menghargai sokongan pembaca setia saya yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada saya. Juga sifu yang tidak jemu mendidik saya untuk menulis dengan cara yang betul. Bagi saya, lagu ini hadiah istimewa daripada saya buat mereka semua. Anda yang tidak tahu akan hal ini mungkin akan merasakan saya budget bagus tetapi saya sangat sayang lagu ini. Hargailah lagu ini kerana saya meletakkan seluruh jiwa saya di dalamnya untuk memberi anda semua mendengarnya hari ini.

Untuk pembaca setia saya,

Terima kasih kepada anda yang tidak jemu membaca karya saya terutamanya DDKM. Terima kasih kerana sudi menunggu saya mengupdate walaupun memakan masa yang agak lama. Terima kasih atas kritik dan saran yang anda berikan kepada saya. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya ketika saya susah mahupun senang. Lagu DDKM istimewa hanya untuk anda.

Untuk sifu saya,

Kak Maria Kajiwa ( Novelist Maria Kajiwa) dan Kak Noor Arbaiah Fuad ( Novelist Nora Fuad), terima kasih sudi membaca karya Isha yang baru menatih ini dan terima kasih atas tunjuk ajarnya.

Untuk senior writers,

Terima Kasih kerana turut sama memberi nasihat dan saran terutamanya Abang Rizai Reeani ( Novelist Rizai Reeani) , Kak Ilya Abdullah (Novelist Ilya Abdullah) dan Kak Noraz Ikha (novelist Noraz Ikha), tidak lupa juga kepada novelist-novelist yang lain.

Untuk teman seperjuangan,

Terima Kasih juga kerana sudi membaca karya Isha ini walaupun anda juga sibuk menulis e-novel masing-masing.

Untuk ahli KEN,

Terima kasih kepada Abg Nasruddin yang sudi like setiap post saya di sana. Terima kasih juga kepada Abg Soleh Ismail yang sudi memberikan tips kepada saya. Dan terima kasih saya juga buat semua ahli KEN yang tidak jemu memberikan sokongan kepada saya.

Salam sayang,
Isha Idiaz


Share

5 comments:

Iman Kyuhee said...

saya rasa sebak mendengar luahan kak isha.. :')

mLov said...

sy tertarik!

Nurhazwana Harmay said...

:)

Hayisa Neerza said...

sanagat menarik... teringin nak dengar love u silently sbb malay version sedap sangat one of my fav song. Salute to you la sis !!!

~faty~ said...

sebak bace.dan tahniah dapat bertahan sampai ke akhirnya..teruskan kak isha.i'll always support u.:')