Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

JUDUL FILEM : Bencinta
PELAKON : Nora Danish dan Farid Kamil
PENGARAH : Eyra Rahman

Saya kurang faham mesej sebenar yang nak disampaikan melalui filem ini ketika pertama kali saya menonton. Yang saya dapat tangkap, isteri kena belajar karate kalau dapat suami yang kaki pukul. Haha. Saya cuma bergurau.

Hemat saya, filem ini mengangkat tema kes penderaan isteri. Mungkin rakyat Malaysia khususnya perempuan yang sudah bergelar isteri masih takut untuk bersuara jika mereka berada di tempat Nora Danish seperti di dalam filem ini. Justeru, bagi saya, filem ini memberikan semacam solusi kepada isteri-isteri yang menderita di luar sana apabila mempunyai suami yang kaki pukul.

Pertahankan diri anda, atau anda akan terus dipukul. Namun, satu solusi yang lain dan lebih baik adalah membawa kes tersebut kepengetahuan orang yang lebih berpengalaman. Bawa sahaja kes tersebut di mahkamah. Tidak ada salahnya anda bersuara jika selama ini anda rasa tersiksa. Isteri untuk disayangi bukan untuk dikasari.

Saya menjerit dua tiga kali sebab tengok suami dia psiko yang amat kerja nak membantai isteri je. Untuk filem ini saya bagi tiga bintang je. Psst, saya dengar filem ni sebijik sebulat macam filem Enough lakonan J-Lo. Wallahhualam sebab saya sendiri belum pernah menonton cerita tersebut. Apa pun, tak salah kita support filem tempatan kita. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak menonton filem keluaran negara kita?
Share

1 comments:

Anonymous said...

fuhhh.. bt0l2 mnghayati ek cite ni... hahaha