Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Cerpen : Inikah Cinta?
Oleh : Isha Idiaz

*****

Aku curi-curi pandang Edi lagi. Entah untuk yang ke berapa kali, aku juga tidak tahu. Akhirnya, dia pandang ke arah aku. Dia kunyah roti bakar yang aku sediakan untuk sarapan pagi itu.

"Kenapa? Kau rasa aku ni handsome sangat ke yang sampai kena tengok dua tiga kali?" perli Edi.

Aku tunduk. Rasa menyesal pula aku pandang dia. Padahal bukan handsome sangat pun dia tu. Hati berkobar-kobar nak sebut ayat tu, tapi lain pula yang aku sebut.

Aku geleng kepala. "Tak, cuma roti tu sememeh dekat tali leher awak," ujarku tanpa melihat wajah Edi lagi. Roti bakar yang sama, aku kunyah perlahan. Rasa mati selera nak menikmati sarapan yang aku buat sendiri.


"Owh, kira ni kau nak cakap aku tak handsomelah? Dah tu apa hal kau nak sangat kahwin dengan aku dulu?" Edi sekali lagi melempiaskan rasa marahnya pada aku.

Kali ini aku pandang wajahnya. Aku lihat betul-betul ke anak matanya. Mulut aku terkumat-kamit nak cakap sesuatu pada dirinya. Namun, sedar aku bukan siapa-siapa, aku melepaskan sebuah keluhan berat.

"Saya minta maaf," ujarku sambil mengangkat piring dan gelas kotor untuk di bawa ke sinki.

Sebelum beredar, aku pandang Edi sekali lagi. "Saya pergi hospital sendiri hari ini."

"Nak pergi sendiri ke, kau nak pergi dengan Aqil sebenarnya?" jerkah Edi.

Aku anggukkan sahaja kepala. Memang Aqil yang akan jemput aku nanti. Sekarang kau nak cakap apa? Cabar aku dalam hati.

Waktu itu aku lihat wajah Edi berubah. Mungkin dia tidak sangka aku akan protes begini. Sebenarnya aku bukan mahu protes. Aku tahu Edi suami aku dan aku harus hormat kepadanya. Namun dia juga harus belajar mencintai aku sama macam aku terima semua kekurangannya dahulu waktu aku mencintai dirinya.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :

Share

0 comments: