Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Tunggu Aku Pengantinku
Bab 3

Finaz melihat lelaki yang menggelarnya dengan gelaran Tanpa Nama itu tidak berkedip. Lelaki itu sedang duduk bersembang dengan rakan-rakan satu sekolahnya mungkin di tempat parkir. Rambut pacak macam biasa. Hari ini dia dah pasti lelaki ni tidak juling. Mata warna coklat.

“Hey, awak tengok siapa?” siku Ayun di sebelah. Cepat-cepat pandangannya dialihkan ke tempat lain.

Finaz memuncungkan mulutnya ke arah sekumpulan gadis-gadis yang tak tahu arah tujuannya mahu ke mana. Dalam dunia serba canggih ni, pakaian pun turut canggih. Dulu orang pakai kain batik dengan baju kurung je. Sekarang orang pakai baju dah macam tak pakai baju. Macam transparent je dia tengok. Contohnya ada depan mata mereka sekarang ni. Pakai skirt mini yang elok tutup tang tu je. Sudahlah ketat, sendat, eh nampak pusat pulak tu. Baju tu berlubang sana sini. Nak cakap Malaysia ni panas tak juga sampai nak bocor-bocorkan baju tu kiri, kanan, depan, belakang.

Tu belum disentuh soal adab. Perempuan dulu, nak ketawa tutup mulut. Nak bercakap pun suara macam tak nak keluar. Sekarang ni perempuan ketawa mengilai. Malah yang jadi penyanyi pun kebanyakkannya perempuan.

Finaz tengok diri sendiri.

Rasa malu juga pada diri sendiri. Elok je nampak salah orang. Tapi salah diri sendiri buat-buat tak nampak. Buat-buat lupa. Dia pun bukannya sempurna. Malah dia tahu dirinya masih jauh dari kesempurnaan.

Bukan tak ada baju lengan panjang, tapi dia lebih selesa pakai baju lengan pendek.

“Biasalah tu budak-budak zaman sekarang,” ujar Ayun yang mengembalikan dia ke alam nyata.

Finaz angguk. Nak kupas isu ni panjang-panjang nanti terkena batang hidung sendiri. Jadi lebih elok dia berdiam diri.

“Jom masuk.” Ayun sudah menarik tangannya.

Finaz sempat menoleh melihat lelaki itu sekali lagi. Dia tidak tahu apa yang istimewa tentang lelaki itu. Nak ikutkan muka, biasa-biasa sahaja. Namun, ada sesuatu pada lelaki itu yang dia belum tahu. Ada sesuatu pada lelaki itu yang dia harus cari tahu.

“Sekejap,” ujar Finaz dan berhenti di pintu masuk pusat tuisyen.

Ayun turut berhenti. Riak wajahnya berubah. Terperanjat dengan tindakan Finaz yang tiba-tiba itu. Mata Ayun turut melihat ke arah sekumpulan lelaki yang duduk di atas motor masing-masing di tempat parkir.

“Kenapa?” soal Ayun sepatah untuk merungkai segala macam persoalan yang bermain di fikirannya.

Finaz melentikkan hujung jari telunjuknya tepat ke arah Fahmi.

“Kenal siapa dia tu?” soal Finaz serius.

Finaz memandang Ayun. Ayun angguk.

“Siapa?”

“Fahmi nama dia,” ujar Ayun perlahan-lahan. Ayun dah buat wajah pelik. Kenapa tiba-tiba Finaz tanya siapa nama Fahmi? Fahmi cari masalah ke dengan Finaz?

“Jom masuk.”

Kali ini Finaz yang menarik tangan Ayun. Ayun terpinga-pinga dengan tindakan Finaz yang menurutnya pelik. Namun diikutkan juga kerana sudah waktunya sesi mereka di kelas tuisyen.



Finaz tarik kerusi. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Beg disumbat di bawah meja. Sebatang pen dikeluarkan dari kotak pensil. Sebuah buku tulis juga dikeluarkan sama.

FAHMI

Dia menulis nama itu di muka surat paling belakang buku tulisnya itu. Pen diketuk berkali-kali di atas tulisan nama itu.

Ayun di sebelah menjadi pemerhati dari tadi. Hari ini Finaz berkelakuan agak pelik. Sejak mereka ternampak Fahmi tadi, Finaz terus jadi macam pendiam. Ada dalam dunia dia sendiri.

“Budak tu…” Sengaja Ayun berjeda untuk menarik perhatian Finaz.

Finaz menoleh ke sebelah. Angkat kening tinggi gaya Ziana Zain. Budak mana yang si Ayun ni maksudkan. Dahi dah berkerut mengalahkan nenek-nenek yang usianya dah 80 tahun. Gula-gula getah yang elok je dikunyah tadi terus tak jadi nak dikunyah. Fokus.

Ayun muncungkan bibir ke buku tulis Finaz.

Aaah. Cakaplah budak nama Fahmi ni. Dia ingatkan siapalah yang dimaksudkan oleh Finaz. Ingatkan ada budak yang mengacau Ayun.

“Dia budak SAB,” ujar Ayun rendah.

Aah. Budak sekolah campur. Patutlah budak tu cool je bila pegang lengan dia tempoh hari. Dia pulak macam kena renjatan elektrik bila kena pegang macam tu. Sebab tu dia tepis kuat-kuat tangan budak tu.

“Budak tu pandai,” jelas Ayun lagi.

Finaz angguk. Ni si Ayun dah jadi macam penyiasat tak berbayar dah beritahu dia semua benda pasal si Fahmi ni kenapa?

“Awak suka dia?”

Nah soalan Ayun ni tiba-tiba buat dia rasa macam gula-gula getah tu terbelit dekat anak tekak sampai dia tak boleh nak keluarkan suara. Tangan kiri Finaz dah tekan perut daripada ketawa. Tangan kanan pula elok pekap mulut.

“Kita tanya betul-betul ni. Awak suka dia ke?” Soal Ayun bersungguh-sungguh.

Ini kira soalan luar syllybus.

“Define suka,” pinta Finaz apabila ketawanya sudah reda.

Ayun dah buat muka malas melayan. Ingat ni pop kuiz ke?

“Suka tu, walaupun kita tengok orang tu sekali, kita nak tengok dia lagi sekali,” terang Ayun mengenai erti suka.

“Tu je?”

Belum sempat Ayun menjawab, pintu kelas mereka terkuak dari luar. Semua mata memandang ke arah pintu. Kelas yang tadi bising, sepi. Rakan-rakan yang tadi duduk bertinggung atas meja semua lari dan duduk di tempat masing-masing. Mata semua bertumpu pada pintu. Menunggu gerangan yang masuk. Mahu kena marah kalau yang masuk tu cikgu Sejarah mereka. Cikgu tu paling tak suka orang bising dalam kelas.

“Cuak kau orang,” ujar Fahmi sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kelas.

Fahmi sudah ketawa melihat reaksi rakan-rakannya dalam kelas tersebut. Dan kelas yang tadi sunyi sepi kembali hingar dengan gelak tawa.

Finaz dah mendengus. Marah. Bengang. Sempat dia menghadiahkan jelingan maut kepada Fahmi sewaktu mata mereka berlaga.

Fahmi pula sekadar menayangkan barisan giginya yang putih pada Finaz. Rasa bersalah juga bila satu kelas kaget gara-gara dia. Tapi nak buat macam mana. Bukannya salah dia pun. Ini memang waktu dia masuk dalam kelas. Rakan-rakannya bukan tak tahu dia memang akan masuk lima minit lewat daripada orang lain.

Alasan biasa bila ditanya kenapa dia suka masuk lambat ke kelas, “Aku malas nak berebut. Karang terlanggar anak orang.”

Macam kes dia terlanggar dengan budak nama Finaz yang masuk kali ni dah tiga kali tenung dia macam nak telan. Rasa takut juga nak balas renungan Finaz tu. Bukan takut sebab apa. Tapi takut sebab takut dia terjatuh cinta pada budak tu. Kata orang macam cinta pandang pertama.

Eh! Fahmi tampar diri sendiri.

“Suka tu macam nilah. Macam awak curi-curi tengok si Fahmi tu haa. Lepas tu buat muka macam nak makan dia. Jeling dia. Padahal dia tak ada buat salah apa pun dekat awak,” Ayun bersyarah panjang tentang makna suka setelah menjadi pemerhati selama beberapa minit.

Deep.

Kata-kata Ayun tadi menusuk sampai hatinya. Untung tak berdarah. Betul ke dia curi-curi tengok si Fahmi tu? Dia jeling Fahmi?

“Awak fikir dengan bagi signal jeling-jeling tu Fahmi tu faham awak suka dekat dia?” soal Ayun lagi.

Ni si Ayun ni dah salah faham. Jeling-jeling tak semestinya suka. Jeling tu petanda tak puas hati. Boleh juga sebab marah. Cemburu pun boleh. Tiba-tiba rasa nak ajar Ayun the means of body language je.

“Bila pulak kita suka dia?” Finaz menjawab pertanyaan Ayun dengan pertanyaan lain.

Dan unexpectedly, suara dia macam naik dua oktaf dan buat kelas sunyi sekali lagi. Semua mata bertumpu pada dia.

Ayun dah ketap gigi tahan gelak. Dia dah rasa panas semacam dalam kelas yang ada pendingin hawa.

Dan unexpectedly juga ada suara dari belakang kelas yang secara sukarela menjawab soalan dia pada Ayun tadi.

“Saya tahu awak suka saya,” ujar suara itu yang buat satu kelas ketawa.

Tuan punya badan yang over-confident dengan riak dan takabburnya menjawab pertanyaan dia untuk Ayun itu direnung tajam.

Again.

Fahmi. Budak ni memang stok suka cari pasal dengan orang agaknya. Finaz dah ketap gigi tahan marah. Rasa nak kena bagi soalan yang sama buat lelaki bongkak ni.

“Define suka,” soal Finaz dengan berpeluk tubuh. Geram.

Fahmi sudah angkat kening tinggi. Soalan tu untuk dia ke? Kena jawab soalan pula. Fahmi dah tayang gigi lagi. Sesuai benar kalau dirinya jadi model ubat gigi.

“Suka tu macam magnet. Ada dua kutub. Kutub utara. Kutub selatan. Bila dua kutub yang sama bertemu, dia menolak. Tapi bila dua kutub berbeza bertemu, dia menarik. Macam awak dengan saya,” ujar Fahmi sambil memusing-musingkan pen di tangan kanan.

Jawapan Fahmi tadi disambut dengan sorakan dari rakan-rakan mereka.

“Tu je?” soal Finaz cuba memprovokasi Fahmi.

Finaz sudah senyum mengejek. Pandai? Setakat pakai teori magnet tu, pada dia, Fahmi tu tak masuk kategori pandai.

“Dari Jabir bin Abdullah ra mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasullullah saw tentang memandang lawan jenis yang membangkitkan syahwat tanpa disengaja. Lalu, beliau memerintahkan aku mengalihkan pandanganku. Hadith riwayat muslim,” ujar Fahmi sambil angkat kening double jerk pada Finaz.

Fahmi tayang senyum yang dah sampai telinga. Pen yang tadi ada di tangan dilempar atas meja. Rasa macam puas. Rasa macam lega. Rasa macam bahagia.

Satu ayat ada dua makna.

Makna pertama, lain kali jangan sembarang jeling-jeling dia.

Makna kedua, fahamilah, dia suka pada Finaz. Sebab tu jangan pandang dia macam tu.

Deep.

Finaz dah telan air liur. Terus duduk kembali di kerusinya. Ini betul-betul menusuk. Fahmi ni nak perli aku ke apa?

“Oh ya! Fahmi tu nampak je macam samseng jalanan. Tapi dia sebenarnya alim,” bisik Ayun di telinga Finaz.

Rasa nak tersedak bila dengar perkataan akhir dari mulut Ayun tu. Alim? Fahmi Alim. Rasa macam dunia upside down.

Budak lelaki yang rare macam Fahmi tu alim? Budak dengan rambut pacak mengalahkan ahli Punk tu rupanya alim? Budak yang pakai jeans lusuh ala-ala penagih dadah yang tak cukup duit nak beli seluar jeans baru tu alim? Beg silang tiga warna merah-kuning-hijau yang macam gaya Reggae tu yang pakainya orang alim? Yang naik motor Ninja Kawasaki merah tu orang alim? 
 


Macam luar dari petala ketujuh. Susah dia nak hadam.

“Don’t judge a book by it’s cover Finaz,” kata-kata Ayun itu seolah-olah memerlinya.

Betullah. Dunia ni penuh dengan benda yang kita tak tahu. Banyak yang kita belajar, banyak lagi kita tak tahu. Sebab tu Allah suruh kita bersangka baik dengan orang.

Fahmi lihat dari belakang kelas. Marahkah Finaz pada dirinya? Merajuk?

‘Awak memang tak tahu nak mengalahkan Finaz,’ bisik Fahmi dalam hatinya. Jelingan Finaz yang menikan jantungnya itu buat Fahmi ketawa.

Share

3 comments:

Unknown said...

assalam..follow sini..
jemput ke blog sy jika sudi :)

http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/hijab-sampai-pakai-kain-kafan.html3

bella said...

bestnyeee..hehehehe

Anonymous said...

Bila nak sambung crita nie....lma tggu n3 bru... :)