Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Puisi : Sedetik Kurang
Oleh : Isha Idiaz

******************
Jika sedetik kurang
Masa dapat ku undurkan
Pasti ku tidak kehilangan

Jika sedetik kurang
Ku biarkan masa tidak berganjak
Pasti jiwa ku tidak bergelodak

Jika sedetik kurang
Sebelum kau berlalu jua
Pasti kini aku tidak menyeka air mata
Share

Cerpen 9 : I2 + A2 ENTAH BILA CINTA

Oleh : Isha Idiaz
**************************************
AMARAN : Cerita ini sangat panjang. Hehe. Selamat membaca dan tinggalkan komen anda. Terima Kasih.
**************************************


         YOU tengah buat apa je tu?” soal Iffah Ifhami. Keningnya terangkat memandang Afiq Afham yang duduk di kerusi sebelah. Matanya melirik ke arah komputer riba milik Afiq. Cuba mengintai apa yang sedang dilakukan oleh Afiq yang sedari tadi leka menghadap komputer ribanya itu.


Afiq menjeling sekilas Iffah di sebelahnya. Komputer ribanya ditarik sedikit dekat kepadanya agar Iffah tidak dapat mengintai aktiviti yang sedang dilakukannya kini.
Share
 I ^ 2 + A ^ 2
ENTAH BILA CINTA

Sebuah cerpen yang bakal menemui anda dalam masa terdekat.

Cerpen yang berkisar mengenai cinta tanpa sedar antara 
Iffah Ifhami dan Afiq Afham.

Cinta yang betandang di hati dibiar sepi tanpa kata.
Dibiar subur tanpa baja.
Hanya mereka yang tahu apa yang ada dalam hati mereka.
Adakah cinta atau pada akhirnya mereka kecewa?

Bagaimanakah kesudahan cerita cinta mereka?
Mampukah cinta berputik dalam hati mereka?

Semuanya akan terjawab dalam cerpen 
 I ^ 2 + A ^ 2
ENTAH BILA CINTA
Share


Akan datang untuk santapan mata pembaca setia,


"Lepaskanmu Kerana Terpaksa"

SEBUAH CERPEN KOLEBERASI 
Isha Idiaz & Wazrul Shah

~Dengan rela, ku lafazkan selamat tinggal sayang~
Share
Salam Ramadhan dan Salam sejahtera buat semua.

Memandangkan kini Isha Idiaz menerima dua buah cover daripada dua ilustrator,iaitu Hairul Azwan dan Wazrul Shah ingin Isha tahu pendapat anda, cover mana yang sesuai untuk E-Novel Dalam Diam Ku Mencintaimu a.k.a DDKM dan apakah alasan anda memilih cover itu.

Sila reply diruangan komen di bawah post ini dengan menulis :
1 : untuk cover daripada Hairul Azwan dan 
2 : untuk cover daripada Wazrul Shah
Share
Share
12

“KAU nak pakai baju apa Faiz masa dinner nanti?” soal Farhan sambil merenung Faizah yang duduk di hadapannya.

            Faizah mengangkat mukanya memandang Farhan. Hari ini Farhan segak dengan kemeja biru cair yang dipadankan dengan tali leher garis-garis berwarna biru pekat.

“Batik atau songket la. Tak kan aku nak pakai bikini pulak Farhan oii,” bersahaja sahaja Faizah menuturkan. Matanya kembali menatap buku Biologi yang berada ditangan. Menyelak helaian demi helaian sementara menunggu Puan Ainun masuk ke kelas.
Share
Puisi 14
Dia Lelaki Itu

***************

Dia, lelaki itu..
Suaranya, menggetarkan rasa..
Pandangannya, membuai jiwa..
Renungannya, mengundang malu..
Kata-katanya, membuat aku tersipu..
Share
Cerpen : Puasa Pertamaku di Perantauan
Oleh : Isha Idiaz

*************

ANGIN malam yang bertiup lembut mengibarkan rambut ikal milik Arisha yang duduk di jendela merenung kosong ke luar tingkap bilik yang menghadap ke jalan raya. Sayup-sayup kedengaran suara orang mengaji daripada masjid berdekatan. Serta-merta rasa sayu mengetuk pintu hatinya, membawa bersama rasa hiba.
Share
11

SUASANA perjumpaan batch malam itu hingar bingar seketika apabila Farhan selaku ketua batch  memaklumkan mereka harus membuat persembahan sempena majlis makan malam Persatuan Diploma Sains atau PerDipSa.

            “Wajib ke kita perform malam tu?” tanya Aniq kepada Farhan. Semua mata memandang Farhan inginkan jawapan.

            “Pagi tadi Abang Khai message aku cakap batch kita wajib perform sebab ikut tradisi memang budak semester satu yang kena perform untuk dinner tu,” terang Farhan.
Share