Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

18
*****
BARANG keperluan sudah dimasukkan ke dalam beg. Esok Farhan akan kembali semula ke bumi Jengka. Kembali dengan niat dan azam yang baru bagi memulakan semester baru sebagai seorang mahasiswa.

            Setelah meletakkan beg di hujung bilik, Farhan merebahkan badan di atas katil. Tangan didepangkan seluas-luasnya. Mata merenung kosong ke arah siling. Hatinya gusar. Fikirannya bercelaru. Di dalam fikirannya hanya ada wajah Faizah.

Badan dipalingkan ke kiri. Pantas matanya dapat melihat gambar Faizah yang sedang ayu tersenyum yang diletakkan di dalam bingkai gambar berbentuk hati di atas meja belajarnya itu.

            “Kita berjaya walaupun bersama.”


            Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Farhan menekup telinganya namun kata-kata itu semakin lama semakin kuat di pendengarannya. Dia tidak mahu mendengar suara sayu Faizah mengucapkan kata-kata itu lagi.

Hatinya kecewa saat ini. Dia menangis dan meraung sepuas-puasnya di bilik itu seorang diri. Setidak-tidaknya dia dapat meluahkan rasa kecewa yang terbuku di hatinya itu. Masakan dia mahu melawan kata-kata ayahnya yang melarangnya bercinta ketika masih bergelar mahasiswa. Namun dia juga tidak sanggup untuk berjauhan dengan Faizah.

*****

TUALA kecil yang disangkut di tempat penyidai baju dicapai. Faizah melangkah lemah menuju ke tandas. Puas dia berfikir sepanjang hari ini. Kini, siang sudah bertemu malam. Dia masih terjerat dalam persoalan yang tidak bisa dijawab.

            Tangannya membuka pili air. Faizah memandang cermin sekilas. Wajahnya kelihatan pucat. Air dibiarkan mengalir laju. Kedua-dua tangannya memegang kuat sinki di tandas itu. Berharap dia memperoleh kekuatan daripada sinki batu itu.

            Kini, tangannya pantas membuka pili air pancur. Membiarkan air mengalir keluar dengan deras membasahi baju yang dipakainya. Faizah lemah. Hatinya hancur. Dia kecewa. 

Akhirnya Faizah jatuh terjelepok ke lantai. Berderai air matanya mengalir keluar. Air mata yang ditahan sejak malam tadi kini dibiarkan merembes laju selaju air pancur yang keluar daripada pili itu.

            “Kita berjaya walaupun bersama,” kata-kata itu diucapkannya dalam sedu-sedan. Esakannya semakin kuat di dalam tandas itu. Menghamburkan segala rasa sedihnya. Tidak mungkin dia melawan kata-kata mamanya.

*****

FARHAN memandang sekilas wajah gadis yang melintas di hadapannya di kafeteria itu. Wajah itu sangat dikenalinya. Dilihat gadis itu sedang memesan makanan di kaunter.

            “Tengok apa tu adik?” soal Encik Md Nor.

            Farhan tersentak. Pantas dia mengalihkan pandangan matanya daripada terus menatap wajah Faizah.

            “Tak ada apa abah,” jawab Farhan perlahan. Encik Md Nor mengangguk perlahan walaupun dia tahu pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh anak bongsunya ini. Entah mengapa dirasakan tingkah laku anak bongsunya ini lain benar sejak semalam. Farhan langsung tidak menjamah makan malam yang disiapkan oleh Puan Sakinah.

Farhan menarik nafas dalam. Entah mengapa wajah itu mesti dilihatnya kini. Wajah sayu gadis itu mengundang sebak di hatinya.

“Makan nasi tu. Malam semalam adik tak makan langsung mak masak,” ujar Puan Sakinah menegur Farhan yang dilihat tidak bermaya itu.

Perlahan-lahan Farhan membawa sudu ke mulut. Makanan yang masuk ke tekak ditelan. Tekaknya langsung tidak berselera walaupun lauk tomyam campur itu lauk kegemarannya.

Selesai Faizah membuat pesanan di kaunter, langkah kakinya dihalakan ke arah Puan Laila dan Encik Hafiz yang berada di meja yang bertentangan dengan Farhan.

Kerusi ditarik ke belakang, pantas Faizah melabuhkan punggunnya di situ. Sambil menunggu pesanannya tiba, Faizah berbual kosong dengan mama dan ayahnya. Senyuman terukir di bibir tipis Faizah apabila mendengar lelucon yang dibuat oleh ayahnya. Dan tatkala itulah matanya dapat menangkap pandangan seseorang yang sejak tadi memerhatikannya.

Senyuman di bibir serta-merta kaku. Faizah mengerdipkan matanya daripada terus memandang wajah itu. Pandangannya dialihkan. Mata itu masih memerhatikannya. Mujur, pekerja di kafeteria itu menyelamatkannya apabila mereka datang menghantar juadah makan tengah hari yang dipesan oleh Faizah tadi.  Setidak-tidaknya dapat menghalang pandangan tajam Farhan itu.

“Angah kenapa tiba-tiba diam?” soal Puan Laila yang perasan perubahan mendadak Faizah itu. Faizah hanya menarik senyuman segaris.

“Tak ada apa mama. Rasa sedih pula. Sekejap lagi mama dengan ayah nak balik dah,” ujar Faizah cuba berselindung.

“Belajar betul-betul dekat sini. Cinta semua tu tolak tepi dulu. Jangan sia-siakan peluang yang dah ada depan mata ni,” ujar Puan Laila sambil mengusap jari-jemari runcing milik Faizah. Faizah mengangguk perlahan tanda memahami kata-kata yang diucapkan oleh Puan Laila tadi.

Di meja bertentangan, Farhan yang juga mendengar kata-kata Puan Laila tadi menundukkan wajahnya. Dia tahu Faizah kecewa. Dilihat kolam mata Faizah sudah digenangi air mata. Malah matanya juga terasa sudah berair.

            Tidak mahu Faizah melihat kesedihannya, Farhan bingkas bangun menuju ke kaunter pembayaran. Biarlah dia seorang yang bersedih. Dia tidak mahu Faizah juga bersedih bersamanya.

Faizah juga tidak betah untuk menangis di hadapan keluarganya. Bingkas dia bangun ke kaunter pembayaran. Tidak sanggup dia melihat keluarganya bersedih kerananya.

“Kak Ngah, berapa semua tadi?” ujar Farhan dan Faizah serentak.

Kini, Farhan dan Faizah menatap wajah antara satu sama lain. Lama juga mereka dalam keadaan itu. Mulut mereka terkunci untuk berkata-kata. Hanya mata mereka yang berkata-kata.

‘Kenapa kau menangis Faiz?’ bisik suara hati Farhan.

‘Mungkinkah ini pertemuan terakhir kita?’ soal Faizah dalam hati.

Kak Ngah, pemilik kafeteria itu berdehem beberapa kali bagi menyedarkan Farhan dan Faizah daripada mimpi mereka. Pantas Farhan dan Faizah mengalihkan pandangan mereka. Masing-masing menyeka air mata yang sudah jatuh ke pipi.

“Berapa Kak Ngah?” sekali lagi mereka bertanya serentak.

Kak Ngah hanya tersenyum melihat Farhan dan Faizah. Dia tahu pasti sesuatu berlaku kepada mereka. Jika tidak, masakan mereka menitiskan air mata sebentar tadi.

“Farhan punya dua puluh ringgit. Faizah punya pun sama,” ujar Kak Ngah tenang.

Pantas Farhan dan Faizah mengeluarkan not sepuluh ringgit dua keping. Setelah membuat pembayaran, masing-masing beredar tanpa mengucapkan sepatah kata. Wordless Sunday.

*****

FAIZAH ralit mengemas almari pakaiannya. Setelah keluarganya pulang tadi dia terus naik ke biliknya untuk mengemas barang-barang yang dibawanya. Dia masih seorang diri di bilik sederhana besar itu yang memuatkan empat orang penghuni. Mira, Ekin dan Hajar masing-masing belum tiba.

            Habuk dalam almari dibersihkan menggunakan tuala kecil yang basah. Kemudian pantas juga tangan Faizah mencapai tuala kering untuk mengeringkan almari tersebut. Helai demi helai baju kurung dikeluarkan daripada beg pakaian dan digantung menggunakan penyangkut baju. Kemeja T dan baju harian lain dilipat kemas dan diletakkan di rak pertama. Tudung-tudung pula dilipat  kecil dan dimuatkan di ruang kecil bersebelahan rak pertama. Dan terakhir, stok makanan dikeluarkan daripada beg dan diletakkan di rak paling atas.

            “Assalammualaikum.” Kedengaran satu suara di luar bilik B4-06 itu. Faizah menoleh sekilas ke arah pintu bilik.

            “Waalaikummussalam. Masuklah. Pintu tak kunci tu,” ujar Faizah seraya bangkit dan menuju ke arah pintu. Suara itu sangat dikenalinya.

            “Bukakanlah pintu ni Cik Faiz. Tangan saya penuh ni,” ujar Mira di luar bilik.

            Benar seperti dugaannya. Suara itu memang milik Mira. Sahabat karibnya itu.

            “Baiklah. As usual, Password please!” ujar Faizah separa menjerit seraya menahan pintu daripada dibuka daripada luar.

            “Ish, password pula. Bukalah pintu ni Faiz,” Mira cuba menegosiasi.

            “Teeeetttt. Access denied,” ujar Faizah seraya ketawa terkekeh-kekeh.

            Mira sudah menarik muka masam di luar bilik. Entah bila agaknya Faizah ni nak matang. Suka benar bermain dengan benda-benda luar daripada orbit ni.

            “Yalah, Faiz comel!” Mira menjerit sekuat hatinya. Bergema satu lantai empat itu dengan suaranya.

            Faizah sudah ketawa terbahak-bahak di dalam bilik. Pantas sahaja dia membuka pintu bilik itu setelah Mira melaungkan dirinya comel.

            “Orang jauh dah sampai nampaknya,” ujar Faizah sambil mencapai beg di tangan Mira. Bibirnya mengukir senyuman paling manis buat sahabat karibnya ini.

            “Sebab jauhlah lambat sampai ni,” Mira berseloroh. Padahal rumahnya daripada UiTM Jengka ini cuma lima minit sahaja lamanya jika nak dibandingkan dengan rumah Faizah yang memakan masa lapan jam untuk sampai di sini.

            “Banyaklah awak punya jauh. Rumah sekangkang kera daripada kampus pun datang lambat.” Faizah seolah-olah merungut. Lama dia tidak bergurau dengan Mira. Maklumlah mereka bercuti hampir dua bulan juga lamanya.

            “Uish, kalau nak kira, ada juga seratus kangkang kera baru saya sampai ke kampus ni,” ujar Mira bersahaja.

            “Kalau daripada JB, agak-agak berapa ribu kangkang kera pula Mira?” soal Faizah berpura-pura serius.

Mira yang tidak menduga pertanyaan spontan daripada Faizah itu tergamam seketika. Akhirnya mereka sama-sama tertawa. Ada pula disamakan jarak antara kampus dan rumah masing-masing menggunakan kangkang kera.

Sambil berbual kosong, Mira mengemas almari pakaiannya manakala Faizah mengemas meja belajarnya. Tangannya lincah membalut meja belajarnya menggunakan sampul hadiah yang bercorak petak-petak kecil warna lembut. Tidak dilupakan papan kenyataan miliknya yang betul-betul terletak di hadapan meja belajarnya. Pembalut hadiah corak sama dilekatkan ke papan kenyataannya. Di sudut kanan meja, Faizah meletakkan rak buku yang diperbuat daripada kotak dan didepannya diletakkan sebuah jam loceng kecil. Betul-betul di bawah papan kenyataan, Faizah meletakkan gambar keluarganya. Berpuas hati dengan susunan barang-barang di meja belajarnya, akhirnya Faizah menyudahkan kerja-kerja mengelap tingkap bilik, meja teman sebilik dan menyapu. Mira pula mengelap lantai setelah barang-barangnya sudah siap dikemas.

Setelah masing-masing selesai membersihkan diri, kini Faizah dan Mira mahu merehatkan badan di bilik baru itu. Malas mahu memanjat ke katil masing-masing di tingkat atas, Faizah menghampar tikar mengkuang yang baru di tengah-tengah bilik itu. Kedua-duanya kini mengambil bantal masing-masing dan merebahkan badan mereka di atas tikar mengkuang itu. Mata memandang kipas siling yang berputar laju.

“Faiz,” panggil Mira perlahan. Pandangan masih tidak dialihkan daripada siling bilik.

“Hmmm,” jawab Faizah sepatah. Menanti kata-kata seterusnya daripada Mira. Matanya sudah dipejamkan.

“Awak gaduh dengan Farhan ke?” soal Mira tiba-tiba. Tidak mahu berkias-kias.

“Mana awak dapat tahu gossip jinak ni Mira?” Soalan berbalas soalan daripada Faizah.

Mira menoleh ke sebelah kanan. Memandang wajah Faizah yang kelihatan sedikit pucat. Wajah itu kelihatan seperti sedang menanggung derita yang besar.

“Pokok dekat luar tu beritahu saya,” ujar Mira bersahaja. Kembali mengalihkan mukanya ke hadapan dan menatap siling bilik.

“Tapi ulat bulu tu cakap, dia tak tahu pun saya bergaduh ke tidak dengan Farhan tu.” Faizah menjawab spontan.

“Senget,” ujar Faizah sepatah.

Sekali lagi bilik itu riuh dengan gelak tawa Faizah dan Mira.

*****

HARI ini hari pertama perkuliahan di semester dua. Riuh rendah blok akademik dengan suara siswa siswi yang galak bercerita mengenai aktiviti yang dilakukan sepanjang hampir dua bulan mereka bercuti.

            Di sudut kelas, Faizah hanya merenung kosong ke luar tingkap memandang siswa siswi yang lalu lalang untuk menuju ke kelas masing-masing. Suara riuh rendah daripada rakan sekelasnya langsung tidak diendahkan.

            “Yo gangster!” Suatu suara menegur Faizah dengan nada separa menjerit di telinga Faizah yang benar-benar membuatnya terperanjat.

Bagai tindakan refleks, pantas Faizah melayangkan sebuah buku tulis kosong ke arah suara itu dan…. Paaap! Ya, tepat mengenai sasaran. Buku tersebut mengenai tepat ke muka sasaran yang bernama Bob.

“Adoiiiiii!” Bob menjerit sekuat hati. Tangannya mengusap-usap mukanya yang terasa perit akibat lemparan buku daripada Faizah tadi.

Melihat keadaan Bob tadi, Faizah tertawa kecil. Sedikit rasa bersalah dan simpati hinggap di hatinya.

“Tulah, mak dah pesan, kalau nak tegur orang, beri salam. Jangan main terjah je. Kan dah kena,” ujar Faizah dalam tawanya yang masih berbsisa. Tidak fasal-fasal Bob menjadi mangsa kekasarannya di pagi hari.

“Bereh bereh,” ujar Bob seraya menarik kerusi dan duduk di hadapan Faizah. Faizah hanya memerhatikan Bob dengan senyuman yang masih mekar di bibirnya.

“Mung kelas ni ke Bob?” soal Faizah serius. Maklumlah, naik ke semester dua ini, mereka boleh memilih kelas yang mereka mahu mengikut cita rasa masing-masing semasa membuat pendaftaran.

“Yalah gangster. Kalu dok gak wat gapo aku nok duk sini,” Bob menjawab dalam dialek Kelantan yang pekat.

            “Manolah tahu kot kot mung sajo jah nok gi derat-derat pagi-pagi ni.” Faizah memandang sekilas siswa siswi yang ada di kelasnya. Tidak melihat rakan-rakan Bob yang lain, Faizah pantas bertanya, “Mana set-setmu hok lain?”

            “Ado jah luar tuh,” ujar Bob sambil memuncungkan bibirnya ke arah koridor kelas. Faizah dapat melihat Fadhil dan rakan-rakan Bob yang lain sedang bergelak ketawa di sana. Entah apa yang lucu, dia juga tidak tahu.

            “Bakpo aku tengok mung termenung jah dari takdi. Tok sihat ke weh?” soal Bob prihatin. Wajah Faizah dilihat pucat dan tidak bermaya.

            “Tak dop gapo. Sihat jah,” jawab Faizah tenang. Bibirnya mengukir senyum.

            Perbualan antara Faizah dan Bob terhenti apabila Farhan melangkah masuk ke dalam kelas itu. Senyuman di bibir Faizah juga turut mati saat itu. Bob yang perasan perubahan mendadak Faizah tadi bingkas bangun meminta diri dan membiarkan Faizah di situ seorang diri. Farhan pula hanya memandang Faizah daripada belakang kelas.

            ‘Kenapa kita jadi begini?’ bisiknya dalam hati.

            Hari itu mereka hanya berdiam diri. Tidak menyapa sesama sendiri. Hanya Mira bertegur sapa dengan Farhan. Faizah pula lebih senang berbicara dengan Syafik. Semester ini, Deli tidak lagi sekelas dengan mereka. Mungkin membawa diri kerana cintanya ditolak oleh Faizah.

            Benarlah kata orang, ‘langit tidak selalunya cerah’. Faizah dapat merasakannya kini.

*****

SEMINGGU sudah berlalu. Hubungan Faizah dan Farhan semakin hambar. Tiada lagi kata-kata sayang terucap antara mereka. Tiada lagi gurauan kasar dan drama-drama sebabak yang sering mereka lakonkan bersama.

            “Kau orang kenapa?” soal Syafik tiba-tiba apabila mereka sedang berdiskusi di perpustakaan Al-Bukhari petang itu.

            Faizah mengangkat wajahnya sedikit daripada terus menatap buku. Memandang Syafik yang duduk bertentangan dengannya dengan muka pelik.

            “Apa?” soal Faizah kembali berpura-pura tidak memahami soalan yang diajukan oleh Syafik tadi. Jari-jemarinya ligat memutar pen yang berada di tangan.

            “Kau ‘peot’ ke Faiz?” soal Syafik lagi.

            Pantas pen yang ligat berputar di tangannya dilepaskan dan tepat mengenai bibir Syafik. Faizah hanya tersengih memandang Syafik. Puas.

            “Sorry, high speed pulak” ucap Faizah selamba lalu mengambil semula pennya tadi.

‘Apa punya soalanlah,’ gumam Faizah dalam hati.

            Farhan yang sedari tadi memerhati tindak tanduk Faizah berdehem beberapa kali. Perasan dirinya sedang diperhatikan, Faizah kembali menatap bukunya. Soalan Syafik tadi hanya dibiarkan tanpa jawapan.

            Mira dan Syafik berpandangan antara satu sama lain dan menjungkitkan bahu. Tidak tahu dan tidak faham masalah apa yang sedang melanda Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah sekarang ini hingga menyebabkan mereka tidak bertegur sapa langsung selama seminggu sejak sesi perkuliahan bermula minggu lalu.

*****

MIRA tercungap-cungap tatkala tiba di bilik. Faizah memandang pelik. Nak cakap Mira dikejar hantu, celah mana  pula hantu keluar siang-siang hari begini.

            “Apasal Mira?” soal Faizah. Keningnya berkerut memandang Mira yang sedang mengurut-ngurut dadanya.

            “Farhan…” ujar Mira sepatah.

            Mendengar nama itu, dada Faizah berdegup pantas. Musibah apa pula yang menimpa Farhan? Farhan sakitkah? Farhan kemalangankah? Kenapa dengan Farhan?

            Tangan sudah menggeletar. Badan terasa seram sejuk. Dikuatkan hati untuk bertanya lebih lanjut kepada Mira.

            “Kenapa dengan Farhan?” soal Faizah dengan suara yang tersekat-sekat. Perlahan-lahan  Faizah bangkit daripada kerusi dan menuju ke arah Mira. Mahu menenangkan Mira yang kelihatan sangat panik.

            “Dia… dia…” tutur Mira tersekat-sekat. Dia juga tidak tahu bagaimana mahu diterangkan kepada Faizah akan hal yang didengarnya tadi sewaktu pergi ke perpustakaan mencari bahan bacaan.

            “Kenapa dengan Farhan?” soal Faizah serius. Kali ini, bahu Mira digoncang perlahan.

            “Farhan dah tunang Faiz,” ujar Mira lemah.

            Mendengar ayat yang diucapkan oleh Mira sebentar tadi, Faizah kaku. Mulutnya terkunci. Beberapa saat kemudian, kakinya melangkah ke belakang. Otaknya bercelaru. Matanya memandang kosong ke arah Mira. Pantas dia memalingkan badannya dan kembali ke kerusi belajarnya. Matanya kini menatap kosong helaian nota Biologi yang baru sebentar tadi dibuatnya.

            Melihat Faizah begitu, Mira tahu Faizah sangat kecewa. Namun, Faizah sedikitpun tidak menitiskan air mata saat mendengar berita yang diberitahunya tadi. Faizah juga tidak bertanya lanjut kepada Mira tentang perkara itu.

Mira merapati Faizah daripada belakang. Dia juga tidak tahu apa masalah yang berlaku antara Faizah dan Farhan sehingga keadaan hubungan mereka sangat parah ketika ini. Bahu Faizah dipegang erat. Cuba memberikan kekuatan kepada Faizah. Namun Faizah masih seperti lima minit yang lalu. Hanya membisu dan kaku dikerusinya dengan memeluk kuat kedua-dua lututnya.

            ‘Kenapa kau tak beritahu aku kau dah tunang Farhan?’

            ‘Kenapa aku mesti dengar berita ni daripada mulut orang lain?’

            ‘Kenapa mesti sekarang?’

            Dan berbagai persoalan mengasak minda Faizah hingga membuatnya tiada masa untuk memikirkan hal lain ketika itu. Tanpa sedar, sudah tiga jam Faizah hanya kaku di kerusinya itu tanpa berkata apa-apa atau bertukar ke posisi lain.

            Mira yang sedari tadi memerhati hanya mampu mengalirkan air mata. Sedih melihat keadaan Faizah begitu.

            “Faiz, sedarlah Faiz. Jangan macam ni,” ujar Mira dalam esakan kecil. Tangannya menggoncang kuat bahu Faizah. Faizah masih begitu.

            ‘Kau tunang dengan siapa Farhan?’ otak Faizah masih bermain dengan seribu teka-teki sejak tiga jam yang lalu. Suara dan sentuhan Mira langsung tidak didengari dan dirasanya.

            “Faizah!” Mira membentak seraya menampar muka Faizah dengan kuat.

            Bagai baru terjaga daripada tidur, Faizah memandang Mira dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Kenapa Mira menamparnya?

            “Kau kenapa macam ni?” soal Mira dalam tangisan. Tangannya menggoncang bahu Faizah dengan kuat dengan harapan dapat membawa Faizah ke alam realiti.

            Faizah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak marah dengan tindakan Mira menamparnya sebentar  tadi, Faizah bangkit daripada kerusi dan menuju ke almari pakaiannya lalu mencapai tuala mandinya.

Dengan langkah yang lesu, Faizah keluar daripada biliknya menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Maghrib sebentar lagi. Mujurlah hal yang satu itu tidak dilupakannya.

Setelah menutup daun pintu, Faizah membuka pili air sehingga ianya tidak boleh diputarkan lagi. Air pancur mengalir laju membasahi Faizah yang masih lengkap berpakaian.

Faizah hanya merenung kosong jubin merah jambu yang berada di hadapannya itu. Sesekali matanya berkedip apabila percikan air daripada air pancur itu memasuki matanya. Di fikirannya masih bermain-main pelbagai soalan yang mahu sahaja ditanyakan kepada Farhan saat ini. Fikirannya kusut. Hatinya kecewa.

Mira berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu beberapa kali. Sudah hampir empat puluh lima minit Faizah ke bilik air untuk mandi. Namun hingga kini dia masih belum kembali ke bilik. Tidak betah menunggu di dalam bilik, Mira berlari-lari anak menuju ke bilik air yang terletak di hujung lantai empat itu.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu utama bilik air itu, Mira dapat melihat Faizah keluar daripada salah satu bilik mandi. Mira menarik nafas lega. Namun, kerisauannya masih belum reda apabila dilihat Faizah masih memakai baju yang sama ketika dia pergi ke bilik air ini tadi. Bezanya, tadi baju yang dipakai oleh Faizah kering tetapi kini baju itu sudah basah lencun.

            Siswi-siswi yang berada di dalam bilik air itu berbisik sesama sendiri apabila melihat kelakuan Faizah yang pelik itu. Faizah langsung tidak mempedulikan mereka. Malah, sedikitpun dia tidak mendengar suara-suara lain di bilik air itu.

Dengan pakaian yang basah, Faizah menundukkan mukanya dan berjalan menuju ke pintu utama. Tidak perasan keberadaan Mira di situ, Faizah hanya berjalan melewatinya. Sedikitpun dia tidak menoleh kembali memandang Mira.

Air mata merembes laju membasahi pipi Mira. Begitu sekali Faizah kecewa. Jika dia tahu keadaan akan jadi begini, dia tidak akan memberitahu Faizah tentang berita pertunangan Farhan petang tadi.

Faizah menolak pintu biliknya dengan lemah. Belum sempat dia melangkah masuk, Faizah sudah rebah ke lantai. Ekin dan Hajar yang ada di dalam bilik pantas bergegas ke muka pintu. Faizah sudah tidak sedarkan diri. Ekin dan Hajar panik. Ekin pantas memangku kepala Faizah. Hajar pula membaluti tubuh Faizah dengan tualanya. Mira yang melihat daripada kejauhan pantas berlari mendapatkan Ekin dan Hajar.

            Mereka bertiga kini dengan upaya yang ada membawa Faizah masuk ke dalam bilik. Membiarkan Faizah berbaring di atas katil Hajar yang sudah dialas dengan kain batik agar cadarnya tidak turut sama basah. Pakaian Faizah yang basah lencun itu diganti satu persatu.

            Ekin meletakkan tangannya di dahi Faizah. Panas. Suhu badan Faizah sangat panas. Pantas Ekin berlari ke almari pakaiannya dan mengambil cool fever lalu menampalnya di dahi Faizah.
            “Kenapa dengan Faiz?” soal Hajar kepada Mira.

            Mira sudah bermandi air mata. Satu persatu kejadian sepanjang petang tadi hingga kini diceritakan kepada Hajar dan Ekin memandangkan mereka tidak ada sewaktu kejadian berlaku kerana masih punya kuliah waktu itu. Hajar dan Ekin juga mengalirkan air mata apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh Mira.

Faizah yang selalunya kuat mengharungi apa jua cabaran dan dugaan kini tewas kerana seorang lelaki. Faizah yang selalunya tersenyum ceria kini terbaring lesu tidak sedarkan diri dengan air mata yang mengalir keluar daripada hujung matanya.

Sungguh, cinta itu boleh menewaskan sesiapa sahaja. Cinta itu sangat bahaya jika kita tidak pandai mengawalnya.

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Kain selimut ditarik menutupi badan Faizah hingga ke paras dada. Mira yang sedari tadi menjaga Faizah kini berbaring di sebelah Faizah sambil mengusap-ngusap kepala sahabat karibnya itu dengan penuh kasih sayang.

“Awak masih ada saya Faiz,” bisik Mira ke telinga Faizah. Moga hari esok Faizah akan kembali seperti sedia kala.

*****

© Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

*****

Siapa yang sudah membaca episode DDKM kali ini wajib menjawab pertanyaan di bawah. J

Apa pendapat anda mengenai episod DDKM kali ini?

a. Bosan
b. Biasa
c. Sedih
d. Gembira
e. Tak ada perasaan
f. Lain-lain (nyatakan)

*****

Terima kasih kepada anda yang setia membaca DDKM dan karya saya yang lain. Terima kasih kerana tetap memberikan sokongan kepada saya hingga kini. Bagi yang sudi meninggalkan komen, terima kasih kerana sudi mengkritik dan memberikan pendapat anda. Saya sangat menghargainya. J

*****





Share

16 comments:

Syafi Najihah said...

sy x bosan bile bce DDKM~
Sy rase lain je bile bce DDKM~
kdg2 sy rase sdih bile bce DDKM~
kdg2 sy gembira bce DDKM~
Sy ade perasaan ketika bace DDKM, iaitu perasaan teruja yg amat sangat~

Kak tau x? sy skang ni addict gler dgn theme song DDKM~ sy siap donload n ltak dplm phone lg! always hear that song~
bait2 dlm lagu DDKM mmg amat mendalam! tp, kdg2 rase mcm nk ngis je dgr lagu tu~ lagu tu ade FEEL~
*akak bt nvel trus je lah cte ni~~hihi

ila said...

cdeyh..huhu knapa harus brpisah??tamaw la mcm nie..nak farhan dgn faizag gk..T_T

Anis said...

Honestly kak,air mata saya hampir menitis for this episod bila faizah jadi macam tu..Jadi saya pilih C..Kak, harap next entry faizah jadi tabah :)

ISHA IDIAZ said...

Inaznafisya : Tq 4 da calming words.. Really appreciate it my dear.. Semoga adk tetap setia membaca DDKM hingga ke penghujung cerita..

Ila : Jgn sedih2.. Hari tak selalunya cerahkan? Mungkin episode lepas ni akan lebih mencabar minda anda semua..

Anis : Anda sangat menjiwainya~ Hehe.. Terima kasih untuk itu.. InsyaAllah dia akan sentiasa tabah.. :-)

Anonymous said...

cdey.. nape jd cmnie... sob3...

Aida Sherry said...

sedihnya.... mengapa perlu ada perpisahan sekiranya cinta beraja dihati...
farhan n faizah... sama2 saling mencintai.....mengapa tidak berterus terang dgn family, meyakinkan mereka bhw walaupun bercinta pelajaran tetap diutamakan....
dan betulkah farhan sudah bertunang?????mengapa membisu seribu bahasa....better berterus terang n xplain pada faizah..... cinta perlukan pengorbanan...berjuanglah selagi berdaya dan jgn cpat mengalah.....

Anonymous said...

Waaaa ~ sedih nyehh entry kaly neyh . pape un best cite neyh . t smbg cpt ckit yee . :)

sebabakutaktulisdiari said...

salam,isha...saya rasa tak best sebab kali ni sedih dan xde babak2 "sengal" between farhan and faizah....
hehe..xde la..u just doing perfect isha....
#thumbs up!!

Idha Chunhyang said...

sedihnya.... :(
kesian Faiz...

memang banyak persoalan dalam bab ini...

Cepat sambung ye Isha...
sy jg nyaris menitiskan air mata... :(
huhuhuhu...

ISHA IDIAZ said...

Anon: sbr ya.. :-)

Kak Aida : Jika tdk ada perpisahan, cte ni x gempak.. Hehe.. Sje je bg konflik cket~ Itulah asam manis sebuah kehidupan..

Anon : Mekasih.. InsyaAllah jika ada kelapangan, Isha akan segera menulis kembali..

Mine : Salam.. Saja diselitkan unsur sedih supaya anda dapat rasa perubahan.. Kalau cinta sepanjang masa tanpa pergaduhan tu kan tak mungkin ada dlm realiti.. Btw thnx a lot..

Idha : Hehe~ Kamu juga mau menangis ya.. Makasih ya Idha sudi membaca..

sera_sarah said...

smbungan cter ni xde k?best sgt2 cter ni...mnusuk lam hti ble bce cter ni...cdih sgt2 ble bce chpter akhir ni..plez..smbungkn cter ni...

ISHA IDIAZ said...

Sarah : InsyaAllah ada.. E-novel ni~ Tp bkn dlm mse terdekat.. Sbb sy msih kuliah.. Jd kalo ade mse free je bru blh tulis..

memey said...

tak pernah bosan bace DDKM nie .
sedih sngat ! betul ke farhan dah tunag ? alahai . bengang laa cmnie . heeeeeeee XD tak sbr nk tggu seterusnyaaa ~

nur said...

Suke cite ni..épisode kali ni mcm hidup ckit :)
Tp kan,bkn Mak farhan xbg becinta ka?mcm mane blh tunang plk?ada part y sy miss ke ek?

Nur syazwani said...

Sedih T_T
macam dapat rasa ape yang faizah rasa
:'(

Anonymous said...

cdey laa bc episod kli nii...rsa mcm dri sy lk..hehe..hrp2 laa lps ni dorg brstu blek..let this novel will be end with happy ending..